MENGAPA JDT TIDAK PERLUKAN JORGE PEREYRA DIAZ

Foto: www.asiana.my

 

Sebab mengapa JDT tidak perlukan Jorge Pereyra Diaz

Sebagai penyokong setia pasukan JDT, saya berasa sedih dengan apa yang terjadi kepada pasukan ketika ini. Namun sebagai penyokong yang rasional kita harus tenang dalam menghadapi situasi ini.

Sudahlah dikejutkan dengan berita perletakkan jawatan ketua jurulatih, Ulisses Morais atas alasan kesihatan keluarga, penyokong JDT sekali lagi digemparkan dengan berita kehilangan Jorge Pereyra Diaz pula.

Cerita Diaz meninggalkan pasukan bukanlah cerita baru namun apabila pisang berbuah dua kali, saya terpanggil untuk berkongsi buah fikiran tentang 5 sebab mengapa JDT tidak perlukan Diaz.

Sebab yang pertama ialah pasukan JDT mempunyai “talent pool” yang sangat baik. Inilah masanya untuk pemain tempatan bersinar dan menunjukkan kepada semua bahawa mereka sebenarnya setaraf dengan pemain import dan bersedia untuk dieksport keluar.

 

 

Pemain seperti Safawi Rasid, Ahmad Hazwan Bakri, Syafiq Ahmad dan Darren Lok bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Diaz. Memang akan terasa sedikit janggal di permulaan tetapi jurulatih pasti tahu kekuatan yang ada pada setiap pemain ini.

JDT juga pernah muncul juara Liga Super dan Piala AFC 2015 tanpa kelibat Diaz. Disini membuktikan bahawa bolasepak adalah permainan berpasukan dan bukan individu. Sebagai penyokong yang sudah lama mendukung pasukan saya rasakan kita tidak perlu panik tanpa kehadiran Diaz di dalam pasukan.

Pasukan lain dalam Liga Malaysia juga membuang pemain import mereka namun magnitud dan kesan tularnya tidak seperti JDT kehilangan Diaz. Ini kerana profil pasukan JDT dan Diaz sendiri yang sangat tinggi.

 

Keharmonian pasukan adalah keutamaan dalam mana mana sukan. Jika ada pemain yang memporak peranda kan pasukan, maka beliau harus ditunjukkan pintu keluar. Perkara ini biasa berlaku di liga-liga antarabangsa juga.

Kekuatan pasukan terletak pada persefahaman di atas padang. Oleh itu setiap pemain perlu mempunyai “mindset” yang sama dan bekerjasama menuju ke garis penamat. Memetik dialog filem Ola Bola “kita menang sama sama, kita kalah sama sama”.

Jika dilihat di media sosial, penyokong pasukan lawan sudah mula merasakan pasukan JDT akan menjadi lemah tanpa Diaz. Kita patut menyambut khabar ini dengan rasa gembira kerana sudah pasti ada pasukan yang akan mula kurang memberikan perhatian kepada serangan JDT.

Disinilah peluang untuk JDT mengeksploitasi keadaan ini dengan pemain penyerang tempatan. Pertahanan lawan pasti kurang memberi tekanan kepada penyerang tempatan jika dibandingkan dengan Diaz. Jurulatih sekali lagi perlu bijak merencana taktikal menjadi lebih ampuh.

Akhir sekali seperti kata Tunku Ismail, tiada sesiapa yang lebih besar daripada kelab. Pemain serta jurulatih datang dan pergi tetapi pasukan dan penyokong tetap berdiri teguh. Jika pemain itu sudah tiada hati untuk bermain dengan kelab lebih elok jika dilepaskan.

Kita tidak mahu permasalahan di dalam bilik persalinan dibawa di atas padang. Ia akan membawa kesan negatif kepada pasukan dan aspirasi serta impian kita untuk menjadi juara liga 5 tahun berturut turut mungkin gagal terlaksana.

Foto: www.asiana.my

“Team unity and team chemistry is by far more important than talent..”

Sebagai penyokong kita harus teguh dibelakang pasukan dan pastikan kita sentiasa turun ke stadium sekaligus membuktikan bahawa penyokong JDT tidak gentar akan segala cabaran yang dilemparkan.

Luaskan Kuasamu Johor

Shah Hazrin, Danga Bay

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.7K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*