REVIU PIALA AFC – JDT LAWAN SONG NAM NGHE AN FC

 

 

“No one is bigger than the club..” – TMJ

Previu Piala AFC – JDT lawan Song Nam Nghe An FC

Perlawanan kedua kumpulan H Piala AFC akan menemukan JDT dan juara Piala Vietnam 2017, Song Nam Nghe An FC. Ini adalah tahun pertama kelab utara Vietnam bertanding dalam Piala AFC format baru.

Kedua dua pasukan telah memenangi perlawanan pertama masing-masing. JDT mudah membenam Persija Jakarta di Larkin manakala Song Nam pula menundukkan Tampines Rovers di Singapura.

Pertemuan merebut tempat teratas ini dilihat menarik kerana ia adalah kali pertama JDT bertemu dengan kelab dari Vietnam. Umum tidak mengenali kelab Vietnam ini dan ia bakal menjadi cabaran buat JDT.

Perletakan jawatan ketua jurulatih Ulisses Morais mengundang tanda tanya di kalangan peminat. Ia diharap tidak menggangu kelancaran taktikal dan semangat pasukan.

 

Namun peminat usah gusar kerana jurulatih sementara, Raul Longhi sudah arif dengan taktikal dan corak permainan pemain JDT. Jika beliau berjaya melaksanakan tugas dengan baik, tidak mustahil beliau akan ditawarkan jawatan ketua jurulatih yang baru.

JDT perlu mencuri 3 mata di laman lawan untuk kekal selesa sebagai pendahulu kumpulan sebelum berdepan Tampines Rovers pada 6 Mac nanti. Namun ianya bukanlah tugas yang mudah kerana Song Lam pasti ingin membuktikan sesuatu kepada seluruh Asia.

Skuad kendalian Nguyen Duc Thang kelihatan selesa dalam pertandingan kalah mati. Mereka menang besar dalam kesemua perlawanan Piala Vietnam 2017. Oleh itu barisan JDT tidak harus memandang rendah kemampuan pasukan ini.

JDT bakal turun tanpa Jorge Pereyra Diaz yang memilih untuk berpisah dari JDT. Namun pemain lain dilihat cukup bersedia untuk menampung ketiadaan beliau. Harus diingat bahawa JDT memenangi kejohanan ini tanpa kelibat beliau.

Raul Longhi boleh menurunkan barisan pemain tempatan untuk perlawanan ini. Di pentas Asia inilah bakat bakat tempatan harus diketengahkan sebagai pendedahan dan untuk “menjual” mereka ke pasaran Asia.

Foto: www.asiana.my

 

Inilah masanya untuk Safawi Rasid, Afiq Fazail, Adam Nor Azlin, Syafiq Ahmad beraksi dan menunjukkan kehebatan mereka di pentas antarabangsa. Pencari bakat pasukan ternama Asia pasti akan melihat kemampuan mereka di peringkat ini.

Sesuatu yang unik tentang pasukan Song Lam ini adalah mereka hanya ada seorang pemain import dari Nigeria, Michael Olaha. Namun barisan tempatan mereka dilihat sangat bagus terutama dalam liga domestik.

JDT pasti menjadi pasukan pilihan dalam perlawanan ini. Diharap segala permasalahan dalam pasukan tidak akan menggangu prestasi pasukan di atas padang. Pemain harus ingat bahawa tiada siapa yang lebih besar daripada kelab.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan JDT. Penyokong yang setia sentiasa ada dibelakang pasukan tidak kira ketika menang atau kalah.

Luaskan Kuasamu Johor

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.3K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*