REVIU PIALA FA – JDT LAWAN SABAH

 

Reviu Piala FA – JDT lawan Sabah

Saingan pusingan kedua Piala FA menemukan pasukan Sabah dengan juara Piala FA 2016, JDT. Ini kali pertama kedua pasukan bertemu dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia.

JDT bertandang ke Kota Kinabalu dengan harapan ingin mencatat kemenangan pertama di tempat lawan sepanjang 2018. Mengikut rekod, JDT tewas kesemua perlawanan kompetitif di lawan laman ketika ini.

Setelah hampa dengan kekalahan 0-2 di tangan kelab Vietnam, JDT pasti mahu bangkit merakam kemenangan. Di atas kertas, JDT dilihat tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Sabah.

Pasukan Sabah ketika ini sedang berada di kemuncak prestasi. Mereka menghuni tangga kedua Liga Perdana selepas 4 perlawanan. Pastinya peluang bertemu JDT akan digunakan sepenuhnya skuad badak untuk menguji pasukan mereka.

Skuad kendalian Jelius Ating pasti ingin menyakinkan penyokong bahawa prestasi semasa mereka ini bukanlah atas faktor nasib sebaliknya mereka memang mempunyai skuad mantap yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana.

Dengan rekod JDT yang buruk di gelanggang lawan, Sabah pasti mempunyai strategi tersendiri untuk menambah luka skuad harimau selatan. Dengan format kalah mati, tidak keterlaluan jika dikatakan Sabah mempunyai peluang untuk menang.

JDT pula pasti mahu memadam rekod kekalahan mereka. Skuad Raul Longhi sudah pasti akan merasa kepenatan kerana baru pulang dari Vietnam. Oleh itu, penggiliran pemain perlu diutamakan bagi memastikan kecergasan pasukan.

Raul mungkin boleh merehatkan Luciano Figueroa kerana beliau sudah mula kelelahan selepas 6 perlawanan. Beliau memang pemain yang bagus namun faktor umur beliau sangat terkesan dan dapat dilihat ketika menentang Song Lam Nge Anh.

 

Inilah masanya Darren Lok digunakan di bahagian serangan bergandingan dengan Hazwan Bakri dan dibantu oleh Safawi Rasid di bahagian sayap. Adam Nor Azlin juga boleh diturunkan untuk memantapkan barisan pertahanan.

Dengan undang-undang FMLLP yang hanya membenarkan 4 orang pemain import sahaja diturunkan untuk Piala FA, JDT tidak berdepan masalah kerana kini mereka hanya berbaki 4 orang pemain import sahaja.

Gonzalo Cabrera pasti diturunkan untuk memecah benteng Sabah. Gerakan lincah beliau sangat dirindui ketika aksi Piala AFC tempoh hari. Beliau dijangka bergandingan dengan Safiq Rahim dibahagian tengah.

 

Kemana sahaja pasukan JDT pergi, ia akan menjadi tarikan kepada penyokong tempatan. Stadium Likas bakal dibanjiri 20,000 penyokong yang mahu menjadi saksi pasukan kesayangan mereka menentang pasukan berstatus bintang

Kepada penyokong JDT di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu, ayuh beramai ramai turun ke Stadium Likas untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan. Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan JDT.

Luaskan Kuasamu Johor

Barisan Kemungkinan

JDT
Haziq Nadzli, Adam Nor Azlin, Fadhli Shas, Azrif Nasrulhaq, S Kunanlan, Hariss Harun, Safiq Rahim, Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid, Darren Lok, Hazwan Bakri.

Sabah
Rendy Rining, Mafry Balang, Rawilson Batuil, Francis Kasonde, Maxsius Musa, Heo Jaenyong, Azizan Nordin, Sabri Sahar, Jenius Karib, Lee Gil Hoon, Hector Ramos

 

Kredit Foto: www.asiana.my

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 877
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*