‘GRAZIE’ JOHOR

JDT. Satu kelab bola sepak Tanah air yang benar-benar istimewa. Campuran keikhlasan, kasih, sayang dan cinta kepada sebuah Negeri, maka terwujudlah sebuah kelab yang ulung tiada tandingan di Malaysia dewasa kini.

DYAM Tunku Mahkota Johor berjaya membina empayar Harimau Selatan dalam masa yang amat singkat. Segala inspirasi dan aspirasi yang di rencana kini berjaya direalisasi. Bukan sekadar cakap kosong, bermula 2014 semua tanda aras telah berjaya DYAM TMJ capai. Setelah itu, kejayaan demi kejayaan menjadikan JDT dicemburui oleh kebanyakan rakyat Malaysia sehingga ada yang terlalu fobia apabila terlihat logo JDT dan nama DYAM TMJ di depan mata.

Namun, dalam situasi dimana JDT dibenci oleh kebanyakan rakyat di serata tanah air, kejayaan JDT dikagumi oleh orang-orang luar yang mengikuti perkembangan Harimau Selatan. Salah seorangnya adalah rakyat Itali yang telah menetap lebih dua tahun di Negeri Johor.

Antonello Nicoletti. Antonello Nicoletti berasal daripada Cosenza, Italy. Sebuah negara kuasa bola sepak dunia yang mempunyai ramai bintang dan kelab hebat di dunia. Beliau datang ke Johor Bahru sekitar tahun 2014.

Sepanjang berada di Johor, beliau sering mengikuti perkembangan JDT. Walaupun perbezaan bola sepak Malaysia dan Itali seperti langit dan bumi, beliau tidak malu menyokong kelab dari liga kelas ketiga ini. Setiap perlawanan di Stadium Larkin, beliau akan hadir memberi sokongan padu bersama-sama di Curva Boys Of Straits. Setiap bait-bait lagu pencetus semangat akan dihafal walaupun dalam bahasa Melayu.

Mengagumi DYAM TMJ kerana pada beliau Tunku adalah seorang genius dalam mencorak landskap bolasepak Johor dan percaya satu hari nanti JDT akan berada sebaris dengan kelab-kelab hebat di dunia selagi DYAM TMJ ada dalam organisasi Harimau Selatan.

“Luaskan Kuasamu Johor!” Slogan yang sering laungkan dengan loghat Italy yang pekat.

Namun sekitar tahun 2016, Antonello Nicoletti telah diarahkan pulang oleh majikan beliau.

Kini setelah tiga tahun masa berlalu, ingatan Antonello Nicoletti terhadap JDT tidak pernah pudar. Semangat Bangsa Johor yang pernah hidup dalam hati beliau tidak pernah padam. Panji keramat Negeri Johor tetap dibawa kemana-mana Stadium bola sepak yang beliau bertandang.

Jelaslah, ini adalah salah satu bukti bahawa orang luar lebih menghargai dan mengagumi segala usaha DYAM TMJ telah buat sehingga kini dalam masa yang sama apabila seluruh rakyat Malaysia hanya memandang sepi dan lebih suka menjatuhkan segala usaha murni baginda.

Rasa cemburu dan busuk hati telah membutakan hati dan mata rakyat Malaysia yang tidak mahu mengakui bahawa tanpa DYAM TMJ dan JDT, bola sepak Malaysia langsung tiada harga.

Dan diingatkan juga kepada penyokong manja Harimau Selatan tanpa DYAM TMJ, JDT tidak akan wujud dan mungkin ketika ini Bangsa Johor hanya mampu bermimpi mengecapi kejayaan sejauh ini.

 

Sedarlah penyokong JDT yang ego dan merasakan diri itu sentiasa betul. Jangan sudah kehilangan baru mahu menyesal. Masa itu menangis air mata darah pun tiada berguna.

Jilat? Tak mengapa, saya sudah terbiasa dengan ayat itu. Grazie Johor (‘Terima Kasih’ Johor)

Luaskan Kuasamu Johor!

Yassin – Nusajaya

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply