JDT KEMBALI KE PUNCAK LIGA TANPA PENALTI – HATERS KECEWA

Semakin hari semakin gelisah ‘haters-haters’ mencari bahan untuk dijadikan cerita tentang JDT apabila dengan tenang JDT merampas kedudukan teratas Liga Super. Lebih menarik lagi ialah JDT merampas takhta liga tanpa memerlukan penalti.

Kasihan saya melihat wajah-wajah di tepi saya yang kelihatan sugul di Stadium Shah Alam apabila pasukan kesayangan mereka bukan sahaja dibelasah tetapi JDT menang tanpa penalti.

Hendak memuji pasukan tuan rumah tiada apa yang boleh dibanggakan hingga ada seorang wartawan terpaksa memuji hidangan nasi paprik yang disediakan pihak Selangor FA di media sosial kerana tiada benda lain yang hendak dipuji.

Malah ada pula wartawan bebas yang mengatakan pemain JDT pura-pura cedera malah apa yang lebih mengarut ada yang mengatakan gol JDT semuanya dijaringkan oleh pemain import. Tidak pula saya tahu bahawa Endrik Dos Santos dan Rufino Segovia itu adalah anak kelahiran Klang dan Shah Alam. Kelakar bukan.

Itulah yang berlaku apabila anda sibuk dengan pasukan lain dan tidak fokus kepada pasukan anda sendiri. Apa guna juara di alam maya tetapi di dalam padang anda masih terkial-kial mencari kemenangan. Bolos 8 gol dalam dua perlawanan di Shah Alam itu yang patut dikisahkan.

Untuk menambah luka ‘haters’ lagi, bukan satu tetapi kedua-dua pasukan JDT menguasai tangga teratas liga. JDTII bermain dengan tenang dan masih mendahului liga walaupun 3 mata menentang Perlis dibatalkan.

Terengganu terselamat dari kekalahan apabila mendapat ‘bantuan pengadil’ atau nama popularnya penalti dan Irfan Bakti dengan pantas mengatakan penalti juga adalah gol. Berbeza nadanya jika dibandingkan ketika bertemu JDT.

Inilah bola sepak. Semua benda boleh terjadi. Oleh itu kekal tenang dan jangan mengkritik terlalu awal. Apabila ianya jadi kepada pasukan anda, rasa malu dan segan akan menyelinap di sanubari dan ketika itu bersiap sedialah untuk di ‘troll’ di media sosial.

Kepada JDT, teruskan keBangkitan kita di negara matahari Terbit nanti.

Luaskan Kuasamu Johor

Darren –  Johor Bahru

Foto: JOHOR Southern Tigers

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply