WATCH OUT JDT!

WATCH OUT JDT

‘Watch out’ JDT. Itulah ungkapan yang sesuai digunakan oleh semua pasukan lawan ketika ini. Segala persiapan mereka pastinya terarah untuk menjatuhkan JDT dari takhta Liga Super.

Jika dilihat dan diamati dari laporan akhbar, boleh dikatakan kesemua pasukan kini bersedia sehabis baik untuk menghadapi musim 2019. Masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan pemain terbaik untuk memantapkan skuad.

Selangor, Terengganu, Kedah, PKNS, Pahang, Felda United, Perak, Kuala Lumpur, Melaka United, PKNP malah MIFA yang dinaikkan pangkat mempunyai satu matlamat iaitu tewaskan JDT.

Jika tahun lepas Kuala Lumpur berbangga dengan ‘Piala Kalahkan JDT’, pasukan lain pasti mahukan perkara yang sama kerana berjaya merentap ego pasukan Harimau Selatan dan dianggap pencapaian yang baik untuk mereka.

Dengan trio import yang baharu dengan masing-masing mempunyai pengalaman bermain di peringkat tertinggi Eropah dan Asia, JDT tidak harus dipandang enteng untuk musim 2019 ini. Ditambah pula dengan pemain tempatan yang berbakat, JDT dilihat sukar disekat.

Namun begitu, bukan mudah untuk mereka berbuat demikian kerana JDT bukan hanya mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Liga Super malah pasukan JDT kini dipersiapkan kearah setaraf pasukan Liga Juara-Juara AFC.

Suasana harmoni kini sedang dibentuk di bilik persalinan oleh barisan kejurulatihan untuk memastikan setiap pemain selesa dengan peranan masing-masing sekaligus berjaya menghasilkan gandingan yang mantap di padang.

Buat semua pasukan yang bertanding, selamat maju jaya diucapkan. Dan kepada JDT, kita tidak harus selesa dan harus sentiasa bekerja keras demi memastikan Liga Super kekal di Johor dan berjaya membuka mata pasukan Asia hasil penampilan sulung di Liga Juara-Juara AFC.

Luaskan Kuasamu Johor.

Daniel Ashraf, Masai

Foto: JOHOR Southern Tigers

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply