JDT LIMA KOSONG DI LARKIN

Pembukaan 2019 yang cemerlang dimulakan dengan semangat daripada penyokong-penyokong JDT sendiri. Balingan resit tanda kemeriahan musim ini. Foto: Ezreen Abd Talip | HS

 

“Saya tahĂș malam ini adalah malam pemanas badan. Kami datang tak harap apa-apa. Cuma teruja untuk lihat barisan baharu JDT musim ini.. ” Shah Nasir – Tampoi

Setelah hampir 2 bulan Larkin sunyi daripada sorakan penyokong, malam ini Larkin kembali riuh dan dipenuhi penyokong-penyokong setia JDT. Perlawanan pemanas badan persahabatan antarabangsa 2019 JDT bertemu Home United berkesudahan 5 kosong memihak kepada JDT.

Barisan kesebelasan utama JDT: Dari kiri belakang Mauricio, Corbin Ong, Adam Norazlin, Farizal, Diogo Luis Santo, Hariss. Depan dari kiri: Natxo Insa, Aaron Niguez, Azrif, Nazmi dan Cabrerra. Foto: Nizam Rahman – www.asiana.my

Penjaring-penjaring gol malam ini adalah, Gonzalo Cabrerra 8′, Aaron Niguez 13′, Hariss Harun 45′, Hazwan Bakri 51′ dan Safawi Rasid 88′

Jika lihat kesebelasan utama dan simpanan JDT malam ini JDT dilihat sebagai satu pasukan yang bakal memberi saingan kuat kepada pasukan-pasukan lain di Liga tempatan. Namun begitu ianya hanya masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian dan harapan. Kerja kuat dan sokongan daripada pemain ke 12 amat diperlukan hingga ke hujung musim ini.

Luaskan Kuasamu Johor

Diogo Luis Santo bertindak cemerlang di aksi pertama bersama JDT malam ini. Foto: Nizam Rahman – www.asiana.my
Pemain tumpuan malam ini. Akhyar Rashid!
Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 3.5K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*