LUAR BIASA!
Itulah satu perkataan yang boleh digambarkan kepada majlis sambutan kejuaraan ke-12 Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim hujung minggu lalu.
Kemeriahannya masih terasa dengan barisan artis dunia membuat persembahan yang mengembalikan nostalgia peminat mileniels sekaligus meletakkan Iskandar Puteri sohor dalam peta dunia.

Apa yang menarik, segala persembahan artis luar dan dalam negara, pertunjukan bunga api serta pelbagai acara diberikan secara percuma buat para penyokong Harimau Selatan.
Inilah kurniaan besar dari pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor sebagai tanda terima kasih keatas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada semua penyokong.

Tiada ada sebarang bayaran dikenakan malah siaran langsung juga disiarkan secara percuma menerusi laman YouTube rasmi kelab dan menerusi saluran TV3 pada waktu perdana.
Apa lagi penyokong JDT mahu? Inilah soalan yang sering diajukan kepada semua penyokong yang sebenarnya sentiasa berada di belakang pasukan dalam apa jua keadaan.

Kejuaraan berturut-turut, fasiliti kelas dunia, penghargaan dari pihak luar dan segala macam pencapaian kini membuka mata banyak pihak hingga jenama JDT kekal terkenal dan relevan sejak 2013.
Inilah amalan mengembalikan bola sepak kepada rakyat yang telah dilakukan JDT sejak lebih sedekad dan ianya sudah menjadi tradisi buat Bangsa Johor dan akan kekal menjadi warisan.

Menjunjung kasih Tunku. Terima kasih penyokong JDT dan tahniah kepada semua pemain dan pegawai yang telah membawa nama Harimau Selatan ke persada dunia.
Ini Johor Darul Ta’zim. Luaskan Kuasamu Johor.
