TUNDA PERLAWANAN: PENYOKONG JDT BAKAL SAKSIKAN SAMBUTAN KEJUARAAN TERHEBAT!

Foto: www.asiana.my

TUNDA PERLAWANAN: PENYOKONG JDT BAKAL SAKSIKAN SAMBUTAN KEJUARAAN TERHEBAT!

 

Football Malaysia LLP (FMLLP) baharu sahaja memberikan kenyataan bahawa jadual perlawanan Liga Super ke 20 melibatkan pasukan JDT menentang Kelantan dipinda daripada 17.07.2018 (Selasa) ke 20.07.2018 (Jumaat).  Antara sebab utama adalah kerana pihak FMLLP memberi ruang kepada pasukan JDT meraikan detik sejarah kemenangan Liga Super buat kali kelima berturut-turut  bersama penyokong JDT.

“Pemain muda dapat mengambil pengalaman menyaksikan kejayaan JDT bersama penyokongnya dan dapat diharapkan ini bakal menjadi  pembakar semangat kepada pasukan” – Yusri Che Lah, Jurulatih Kelantan

Kepada pihak FMLLP dan jurulatih Kelantan –  Terima kasih banyak-banyak.

Kepada penyokong- penyokong setia JDT, diharap kita semua akan turut serta dalam majlis keraian kejuaraan ini. Datang beramai-ramai ke Stadium Larkin dan Dataran Bandaraya JB malam itu kerana anda akan saksikan pesta kemenangan terbesar.

Ya, kita sudah lakukan beberapa kali sebelum ini. Tetapi percayalah kali ini pasti lebih hebat. Tanda terima kasih JDT kepada penyokong setia JDT yang sentiasa bersama susah dan senang.

Penyokong-penyokong luar dari daerah Johor Bahru boleh ambil peluang cuti hujung minggu untuk datang bersama keluarga untuk saksikan perarakan bas pemain di jalanan malam itu dan pesta bunga api.

Ini adalah kejuaraan kali ke lima kita dan mungkin tahun terakhir di kita sambut di Larkin sebelum ke stadium baharu.. Abadikan setiap memori sejarah malam itu bersama semua keluarga anda.

Jumpa anda di sana!

Luaskan Kuasamu Johor #5

“If you’re not make it right, then stop complaining about it being wrong..”

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply