PERJALANAN JDT DALAM SAINGAN AFC SEJAK 2015

PERJALANAN JDT DALAM SAINGAN AFC SEJAK 2015

Sumber Artikel: Page Sini Laken

Tahun 2015, tahun pertama JDT bermain dalam kelayakkan ACL, JDT kalah 3-0 kepada kelab Bangkok Glass (Thailand) dalam merebut tempat bagi penentuan terakhir Liga Juara-Juara AFC (ACL). Mungkin bukan rezeki JDT lagipun itu tahun pertama JDT bermain dalam saingan peringkat tertinggi dan mungkin JDT belum bersedia.

Masuk tahun 2016, JDT sekali lagi mencuba. Kali ini bertemu lagi kelab dari Thailand Muangthong United FC. Kali ini JDT berjaya mengheret pasukan Muangthong United FC ke tendangan penalti yg mana keputusan sebelum itu seri 0-0 tanpa jaringan. Tetapi rezeki juga masih belum berpihak kepada JDT. JDT kalah dalam tendangan penalti 3-0 dan JDT mencuba kembali lagi pada tahun ini 2017.

Pada tahun 2017, JDT kembali dengan cita-cita besar. Impian yang besar. Semangat yang besar dan persediaan yg terbaik walaupun kita cuma sebuah pasukan yg kerdil. Alhamdulilah JDT berjaya mengalahkan Bangkok United (Thailand) yg mana hampir sama skrip cerita pada tahun 2016, di mana rezeki telah berpihak pada JDT. JDT menang dalam tendangan penalti dengan keputusan 5-6 dengan keputusan sebelum itu seri 1-1 dan kita layak merebut tempat bagi penentuan terakhir Liga Juara-Juara AFC (ACL 2017) dan JDT bertemu pasukan dari Jepun iaitu Gamba Osaka dalam kelayakkan peringkat ke tiga.

Rezeki masih belum berpihak pada JDT apabila tersekat dalam kelayakkan tersebut dengan kekalahan 3-0 dan dengan semangat juang yang tinggi tanpa kenal erti berputus asa, JDT cuba dan terus mencuba.

Pada tahun 2018 JDT bermain semula dalam merebut tempat bagi peringkat kumpul ACL. Kali ini JDT bertemu lagi kelab dari Thailand, Seperti rutin tahunan JDT yang mana bila masuk dalam peringkat saingan pasti JDT akan bertemu kelab dari Thailand. Semua sedia maklum pada tahun 2018, tahun ini JDT bergelut dengan pemain dan coach letak jawatan. Tapi itu bukan alasan bagi sang juara 5 kali dalam liga super sejak 2014, 2015, 2016 , 2017 dan 2018.

Orang Yang Berjaya Bukan Diukur Dari Kegagalan Tapi Diukur Dari Berapa Banyak Usaha Yang Mereka Lakukan” – TMJ

JDT kembali dalam liga Asia bakal bertanding dalam saingan ACL pada tahun 2019. Pada tahun 2019 tahun hadapan, JDT tidak perlukan lagi sebarang kelayakkan untuk merebut slot peringkat kumpulan ini kerana dengan hasil sumbangan mata MA ranking dari kelab JDT serta negara, JDT terus layak ke peringkat kumpulan ACL 2019. Kali ini memang benar rezeki berpihak pada JDT. JDT akan terus berada dalam peringkat kumpulan ACL 2019.

Bayangkan semua pasukan-pasukan kelab gergasi dari Jepun, korea, Arab, Iran, Australia, China bertandang ke stadium keramat JDT. beruntung penyokong-penyokong JDT kerana mereka dapat melihat sendiri aksi-aksi pasukan gergasi dari Asia didepan mata mereka sendiri.

Ayuh semua kita realisasikan impian JDT dengan hadirkan diri ke stadium dan memenuhkan ruang-ruang yang kosong dan kita tunjukan pada dunia yang penyokong JDT juga mempunyai “passion” yang cukup tinggi setanding dengan negara-negara besar diluar sana.

Saya akhiri cerita saya dengan petikan dari Tunku Mahkota Johor (TMJ) iaitu.

“YOU MAY SEE ME STRUGGLE BUT YOU WILL NEVER SEE ME QUIT”

#JDT
#ACL2019
#JohorDarulTakzim
#LuaskanKuasamuJohor

#sinilaken

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply