JDT WAKIL MALAYSIA KE ACL 2019: INI RAYUAN PENYOKONG JDT KEPADA FAM & FMLLP

Foto: www.asiana.my

JDT WAKIL MALAYSIA KE ACL 2019: RAYUAN PENYOKONG JDT KEPADA FAM & FMLLP

Tahniah kepada pemain, jurulatih, penyokong dan sudah pastinya kepada DYAM Tunku Mahkota Johor di atas hadiah kemenangan Juara Liga Super buat kali ke 5 berturut-turut. Tahniah kepada Malaysia juga kerana negara mempunyai wakil ke kejohanan kelab bolasepak paling berprestij di Asia tahun depan.

Oleh itu, kami wakil kepada penyokong-penyokong setia JDT merayu kepada pihak FAM dan FMLLP memberikan kami sedikit ruang dan kepuasan untuk meraikan kemenangan bersejarah ini. Kami penyokong-penyokong JDT merayu kepada pihak FAM dan FMLLP untuk menunda perlawanan di laman sendiri JDT menentang Kelantan (17.07,2018 – Selasa) ke tarikh perlawanan hari Sabtu (hari minggu) kerana kami jangkakan sambutan akan di adakan pada perlawana pertama di laman sendiri itu nanti.

  1. Izinkan kami penyokong JDT dapat meraikan wira-wira JDT kami di hari perlawanan di malam minggu.
  2. Izinkan kami penyokong JDT dapat bersama-sama berarak bersama-sama pasukan JDT lebih lama.
  3. Izinkan kami penyokong JDT merakamkan sejarah sambutan besar-besaran di Stadium Larkin kerana tahun depan Stadium Larkin hanya tinggal sejarah. Sebelum kami ke rumah baru kami di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

Mohon jasa baik FAM, FMLLP dan bakal pasukan lawan yang terlibat pertimbangkan permintaan ikhlas kami.

Ikhlas

Penyokong Setia JDT

Luaskan Kuasamu Johor!

“We thank you for your part in our JOURNEY..”

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply