TMJ BERJAYA JUAL JDT?

TMJ BERJAYA JUAL JDT?

“Bukan rezeki kita malam ini. Kesian aku tengok penyokong-penyokong JDT kat stadium sekarang..”

Teringat lagi saya dengan apa yang dicakapkan seorang rakan di malam kita dikalahkan Kelantan 0-1 lima tahun dulu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Final pertama TMJ selaku Presiden PBNJ. Tetapi itu cerita dahulu. Kita tidak pandang ke belakang lagi. Kini JDT sudah gah dengan 1 Piala AFC, 1 Piala Malaysia, 1 Piala FA, 3 Piala Sumbangsih dan 5 Piala Liga Super. Manakala tahun 2019 nanti kita bakal bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia. Ini semua betul-betul punya kejadian. Baharu 6 tahun TMJ menerajui bolasepak Johor!

Semalam pula, TMJ telah menerima jemputan pihak penganjur untuk menghadiri perlawanan di antara Arsenal dan Athelico Madrid  dalam kejohanan “International Champions Cup 2018 di Singapura. Hubungan ini bukan mudah untuk dilakukan. Pengorbanan tenaga, fikiran dan wang dikerahkan untuk mencari fomula supaya dapat memecahkan monopoli pasaran bolasepak Asia dan Dunia yang selama ini tidak pernah terfikir datang dari kelab bolasepak dari Malaysia.

Foto: JOHOR Southern Tigers

Ucapan-ucapan ulang tahun kelahiran serta ucapan-ucapan tahniah daripada pemain dan jurulatih kelas dunia bukti nama kelab kerdil JDT sudah dikenali. Kehadiran serta lawatan individu-individu ini ke Johor ini adalah salah satu strategi TMJ ‘menjual’ kelab JDT. Ada juga komen-komen sinis haters mengatakan mereka ini dibayar untuk hadir. Haters will be haters. Perasaan dengki dan sakit hati memang tebal.

Tahun depan JDT bakal bertanding di Liga Juara-Juara Asia. Peluang datang lagi untuk TMJ menjual kelab JDT. Malah mungkin pemain-pemain tempatan JDT akan menjadi kolam sasaran ejen-ejen bolasepak dunia. Tahukah anda, pemain-pemain ini sudah ada ‘price tag’ masing-masing. Oleh itu, jangan salahkan jika sekarang JDT ramai pemain-pemain muda berkualiti yang masih di bangku simpanan malah berpendapatan tidak terlalu tinggi. Semuanya adalah projek masa depan JDT.

Tahun depan juga JDT bakal memiliki stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim. Tidak mustahil akan datang stadium baharu ini bakal menjadi medan perlawanan persahabatan antarabangsa ‘International Champions Cup’. Mana tahu juga nanti di stadium baharu ini Johor bakal menganjurkan perlawanan antarabangsa sendiri seperti ‘Johor International Club Championship di hari pembukaan stadium. Oleh itu, pemain dan penyokong setia JDT kena terus memberikan responsif positif dan membantu TMJ  untuk memudahkan nama JDT dan Johor dipasarkan ke seluruh dunia.

“Setiap kejayaan itu bermula dengan angan-angan..”

Luaskan Kuasamu Johor

HS

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 2.8K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*