JDT SI PEMECAH REKOD

JDT SI PEMECAH REKOD

Oleh: Firdaus Johari

Satu demi satu rekod Liga Super dipecahkan oleh JDT tahun ini. Namun ada beberapa rekod lagi yang bakal tumbang di akhir perlawanan ke 22 Liga Super 2018.

JDT akan memecahkan 3 lagi rekod Liga Super jika berjaya menewaskan Kuala Lumpur di Larkin Sabtu ini. Mereka dilihat tidak puas dalam usaha memecah semua rekod yang disandang sebelum ini.

Satu rekod yang ingin dicatat adalah mata terbanyak semusim. JDT sudah pun memintas kutipan 56 mata ketika 2016. Jika menang JDT akan mengumpul rekod 59 mata dari 22 perlawanan.

Rekod kedua yang ingin dipecahkan adalah rekod bolos paling sedikit. Jika JDT berjaya mengekalkan ‘clean sheet’ menentang KL, JDT hanya dibolosi 9 kali dari 22 perlawanan dan hanya satu gol di Larkin. Ini adalah satu pencapaian terbaik sepanjang penubuhan JDT.

Kemenangan ke atas Kuala Lumpur akan menyaksikan JDT menewaskan kesemua pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2018. Bertemu dengan 11 pasukan dan semua berjaya ditewaskan sama ada di Larkin atau di laman lawan adalah satu rekod cemerlang yang bakal dilakar JDT.

Rekod-rekod lain yang masih dipegang adalah rekod tanpa kalah di Larkin dalam saingan Liga Super sejak 2013. Ini mungkin perlawanan Liga Super terakhir di Larkin sebelum berpindah ke Stadium Sultan Ibrahim tahun hadapan.

Mencipta rekod itu kejayaan. Namun mempertahan dan memperbaharui rekod itu lebih indah dan mengujakan. Kesemua ini tidak mampu dicapai tanpa kerja keras sepasukan baik di dalam atau di luar padang.

Maka benarlah kata TMJ, ketika penyokong pasukan lain sibuk untuk mencari kesalahan JDT, pasukan JDT pula sibuk memperkasakan diri setiap musim. Demi menjadi yang terbaik rekod-rekod ini akan dijadikan penanda aras kepada pasukan untuk masa hadapan.

Semoga JDT akan menjadi pasukan yang lebih baik di musim-musim akan datang dan muncul antara pasukan yang hebat di rantau Asia.

Luaskan Kuasamu Johor

Firdaus Johari

 

Foto: www.asiana.my

 

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.6K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*