JDTII BUKAN BIASA-BIASA!

JDT II BUKAN BIASA-BIASA!!

Sumber: Page Masharakat Bola

Ketika itu!

Perlawanan sudah menjangkau ke angka sembilan jumlah perlawanan. Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pula sedang tunduk lesu menghuni tangga tercorot Liga Perdana selepas gagal meraih sebarang kemenangan.

Situasi di masa itu!

Pasukan ini menjadi bahan jenaka seluruh rakyat Malaysia kerana menduduki kedudukan tercorot dan sekadar meraih empat mata susulan empat keputusan seri dan lima kekalahan yang dilakar anak buah Benjamin Mora selama sembilan perlawanan berjalan.

Masih terngiang di corong telinga!

Berbagai persepsi peminat bolasepak tanah air termasuk peminat JDT sendiri mempertikaikan kewujudan JDT II, mereka mempersoalkan malah memperkecilkan kemampuan pasukan ini untuk terus bersaing pada musim 2018, tidak kurang segelintir pengkritik bolasepak Tanah air yang kononnya cerdik telah meramalkan pasukan ini pasti tersingkir ke Piala FAM musim hadapan.

Tiba-tiba!
Kenyataan penuh aspirasi Alistair telah dilontar!

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sekitar bulan Mei 2018 dengan tegas telah berkata, bahawa beliau amat optimis terhadap pasukan bimbingan Benjamin Mora dalam apapun keadaan. Beliau sedaya upaya menyakinkan seluruh peminat bolasepak Johor dengan menjanjikan pasukan itu pasti mampu bangkit daripada situasi yang tertekan. JDT II tidak akan dibiar berterusan menerima nasib buruk. Beliau dengan bersahaja mengatakan JDT ll bakal menamatkan saingan musim ini sekurang-kurangnya selaku enam pasukan terbaik dan keluar dari prestasi yang teruk.

Biar betul?
Ya memang betul!

Dengan beberapa penambahbaikan yang dirancang bakal memperkasa skuad JDT II itu kata Alistair.

“Alistair di ketawa, kenyataannya diterima dengan sambil lewa”.

Namun tiada siapa sangka!

Kenyataan Alistair bukan seperti manifesto ahli politik, rupanya benar, semuanya telah berjalan lancar dan tidak tergelincir dari landasan penunjuk prestasi. Pasukan itu akhirnya kembali memberi cabaran dalam baki saingan Liga Perdana musim ini.

Kami telah memperbaiki skuad JDT II dan kini kami yakin sasaran kami untuk musim ini adalah di tangga kelima atau keenam teratas. Kami yakin ia masih belum terlalu lewat serta masih ada masa untuk diperbaiki. Itu adalah sesuatu yang JDT yakini.

“Itu sebabnya kami tidak peduli mengenai pandangan orang lain terhadap pasukan ini yang dikatakan pasukan tercorot pada masa ini kerana pasukan ini akan mendapat suntikan ‘tonik’ baru dan kita akan dapat lihat di penghujung musim ini di mana pasukan ini akan berada,” – ALISTAIR EDWARDS

“Ini semua dapat direalisasikan kerana langkah drastik yang membawa sinar!”

“Tahukah anda, strategi telah disusun secara sistematik dan tidak panik”

Langkah drastik telah diambil oleh JDTII sejurus kenyataan itu ialah dengan membawa masuk pemain import baharu kelahiran Argentina, Lucas Ontivero dan kemasukan pemain JDT l yang diturunkan pangkat ke JDT ll iaitu Harry Novillo, disamping kemasukan kembali Nico Fernandez bernombor sepuluh, telah menambah rasa manisnya pendakian kedudukan liga dalam usaha untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana bermula perlawanan LP ke 10.

Apabila melangkah ke pusingan kedua, JDT ll mula dengan gagahnya langkah, kemenangan pertama 0-2 menundukan Sarawak lantas membuatkan pemerhati JDT ll celik mata tidak tentu arah.

Seakan tidak percaya,
Keputusan itu berjaya menjahit mulut pengkritik satu Malaya!

Akhirnya,

Selepas itu pasukan ini terus mengorak langkah demi langkah, sehinggalah ke perlawanan menentang UKM pada perlawanan terakhir liga perdana Malaysia, JDT ll dengan rasminya berjaya mencapai sasaran, malah berkedudukan lebih baik dari sangkaan, setelah menduduki tangga keempat setelah mengalahkan UKM dengan jaringan besar 4-0 dalam sembilan puluh minit waktu penuh perlawanan.

Kini,

Liga Perdana 2018 menutup tirai,

JDT II telah berjaya mengumpul 30 mata hasil dari 8 kemenangan, 6 seri dan 6 kekalahan.

Tetapi!!

“Tahukah anda???”

Pada pusingan kedua, pendahulu liga perdana Felda United hanya mengutip 17 mata tambahan, sedangkan JDT II hanya memerlukan tempoh pusingan kedua untuk mengutip 26 mata tambahan, handal bukan?

Kasihan!
Punahkah harapan?
Melesetkah jangkaan?
Dalam cita-cita melihat JDT II ke Liga FAM tidak kesampaian??

JDT II BUKAN BIASA-BIASA KAN?”

Kolum penulis jemputan:
“ZIFAH ‘el’ NAMHTO”

#MasharakatBola

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply