TERIMALAH HAKIKAT JDT TERBAIK DI MALAYSIA KETIKA INI

Suka atau tidak ini adalah hakikat yang perlu kita terima dan hadam. Belum ada lagi pasukan dalam Malaysia yang mampu untuk menjadi JDT. Sedikit pun tidak nampak. Bukan suruh meniru tetapi ikut mana yang termampu.

Bila menyebut tentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ramai peminat bola sepak tempatan yang mencebikkan bibir tanda meluat dan tidak habis-habis menggunakan alasan banyak duit sebagai punca JDT menjadi maju seperti sekarang.

Tidak dinafikan duit adalah segalanya tetapi pengurusan kewangan yang betul adalah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan JDT. Berapa banyak pasukan yang cuba berbelanja seperti JDT dan akhirnya lihatlah apa yang jadi. Cuba tanya pemain Kedah.

JDT adalah jenama bola sepak yang dijenamakan semula pada 2013. Segalanya bermula dengan kosong. Tiada piala, tiada pencapaian cuma yang ada hanyalah semangat dan keghairahan untuk menjadi yang terbaik.

Sejarah Johor FA dan Johor FC tidak pernah diambil kira dan segera dilupakan. ‘Move on’ bak kata orang putih. Bermula semula dari bawah dan membentuk organisasi bola sepak professional seperti yang dilakukan di Thailand untuk skop Asia Tenggara.

Setelah 7 tahun, almari kejuaraan JDT sudah penuh. Puluhan trofi baik dari dalam negara dan luar negara menjadi milik JDT bermula dari skuad senior hingga ke skuad akademi. Semuanya hasil dari pengurusan yang mantap. Dan hanya piala ini yang diambil kira dalam sejarah JDT.

Empat stadium berbanding tiada stadium adalah rekod yang harus dicemburui oleh semua pasukan. Tidak guna bermegah dengan sejarah lama tetapi pasukan masa kini terpaksa menumpang sana-sini bagai peribahasa ‘menang sorak kampung tergadai’. Terlalu kisahkan orang lain tetapi apa yang berlaku di halaman sendiri tidak dihiraukan.

Bangkitlah penyokong bola sepak tempatan. Gunakan media sosial untuk menekan pengurusan anda dan bukannya menjaja cerita karut dan mendengki kejayaan orang lain. Lihat di Indonesia, lihat di Eropah bagaimana penyokong mampu mengubah keputusan pengurusan sesuatu pasukan.

Penyokong adalah tunjang kekuatan sesuatu pasukan. Sayangi pasukan anda dahulu baru sibuk akan hal pasukan lain.

Tetapi jika anda tetap ingin memehati pasukan lain berjaya dan anda ketinggalan, teruskan usaha anda. Kita hisap vape dulu. Fikir-fikirkanlah.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply