PENYOKONG JDT HANYA PERLU LAKUKAN KERJA ‘MUDAH’

Semalam, di laman media sosial rasmi JST menyiarkan gambar terkini stadium kebanggaan, Stadium Sultan Ibrahim.

Terlintas di fikiran ketika itu, betapa bertuahnya penyokong-penyokong JDT. Bagi yang tidak berkemampuan untuk merasai sendiri suasana bolasepak kelas tertinggi di negara luar, kita hanya perlu hadir ke stadium ini.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemilik Kelab JDT sudahpun melakukan bahagian kerja yang ‘susah’ seperti mencari penaja berkualiti, membina rangkaian hubungan antarabangsa, ‘menjual’ JDT, mempromosi Johor dan manakala penyokong JDT pula hanya cuma perlu membantu kelab dengan melakukan di bahagian-bahagian ‘mudah’.

Penyokong hanya perlu hadir ke stadium di setiap perlawanan, berikan sokongan yang padu dan membeli ‘merchandise’ asli kelab.

JDT pun susah. Ada perlawanan penuh dan ada yang tidak. Dari dulu sampai sekarang. Itu yang saya kata, kita bukan ada budaya bolasepak tetapi kelab kena ambil inisiatif bagaimana nak tarik penyokong.” DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Pandemik Covid 19 sekarang ini memang memeningkan kepala banyak pihak. Semua sektor terkesan. Bagi JDT pula sememangnya pasti ada memberi kesan. Namun begitu, penyokong-penyokong JDT janganlah gusar.

Ya, perancangan kita tahun ini agak tidak menjadi. Tetapi jangan lupa projek inisiatif dan idea wawasan jauh DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk JDT bukanlah projek untuk setahun dua tetapi untuk jangka masa panjang.

Tidak lama lagi, Stadium Sultan Ibrahim bakal kembali menjadi medan aksi setelah Liga Malaysia dibuka. Ada usaha daripada beberapa pihak untuk membuat permohonan agar penyokong boleh datang menyokong dalam kapasiti sedikit dan dalam kawalan ketat SOP. Teruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada kelab. Ambil peluang untuk sama-sama menaikkan nama JDT di seluruh dunia.

Luaskan Kuasamu Johor

 

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*