TERIMA KASIH PREDIKSI TIGA PULUH SATU JULAI!

 

Something about winning and achievements attracts loser with negative opinions”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor – 30 Julai 2012.

Ini adalah ungkapan secara bertulis yang dimuat naik oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Nampak bersahaja. Siapa yang ambil kisah? Pastinya tidak ada seorang pun akan menjangkakan bahawa ungkapan ini akan menjadi permulaan yang besar bagi landskap bola sepak negara.

Gerak langkah awal paling drastik yang dilakukan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor membuat keputusan untuk mengambil alih tampuk organisasi bola sepak Negeri Johor adalah memperbetulkan sistem yang rapuh dan merombak secara total kedaifan yang telah lama membelenggu lanskap bola sepak Negeri Johor.

TMJ 2009
Foto: Ezreen Abd Talip

Baginda telah menegaskan bahawa perkara pertama yang perlu ditambahbaik dan perlu tindakan paling pantas adalah transformasi wajah stadium sebelum jenama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu diperkasakan.

Saya akan lakukan apa sahaja demi mengembalikan kegemilangan bola sepak Negeri Johor”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
LANGKAH BAHARU BERMULA

“Dua ribu tiga belas”

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Pada tahun ini bermulalah titik tolak permulaan bercambahnya putik-putik cemburu penyokong-penyokong lain ke atas JDT.

Ramai dari mereka mula paranoid dan obses apabila mendengar, melihat, menyebut nama JDT. Rentetan itu segala perkara yang dikaitkan dengan Harimau Selatan pastinya akan mendapat perhatian.

Paling diingati JDT terpaksa menelan rasa amat pahit apabila membuka tirai dengan kekalahan 3-2 kepada Pahang FA. Diketawakan, dicerca dan dijadikan bahan jenaka oleh kebanyakan pemerhati bola sepak Malaysia termasuk media tabloid dan massa.

Hanya Gah Nama”- Berita Harian, 9 Januari 2013.

Itu tajuk besar yang menghiasi muka belakang akhbar Berita Harian pada 9 Januari 2013. Malah ada pemerhati yang menjangkakan JDT hanya akan berkubur dalam jangka masa satu musim sahaja. Jika dilihat aksi yang ditunjukkan Harimau Selatan malah tidak mampu memberi saingan kepada mana-mana pasukan gergasi yang bertanding pada musim tersebut.

Pada tahun itu, JDT hanya menamatkan Liga Super di tangga ketiga dan juga ditertawa kerana langsung tiada piala. JDT tewas dengan hanya perbezaan tiga mata dengan pendahulu liga iaitu Singapura. Juga duduk satu tangga dibawah pasukan Selangor yang gah berstatus lagenda.

Kekalahan hari ini adalah kemenangan hari esok. Kita perlu bercita-cita tinggi dan sanggup menempuh kegagalan. Hari ini, saya bersama anda semua, berkongsi keperitan yangsama. Tetapi ingatlah, kekalahan umpama cuaca buruk, ianya tidak kekal selamanya. Saya inginkan impian masa hadapan lebih baik daripada sejarah yang lalu. Hidup mati Johor.” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 6 Oktober 2013.
HARI DEMI HARI TELAH BERLALU

Dua ribu empat belas. Segalanya bermula pada tahun itu. Segala perancangan berjalan seperti dirancang, akhirnya pada tahun itu JDT berjaya membuka mata satu Malaya apabila menjuarai Liga Super Malaysia 2014 dengan kutipan empat puluh mata secara keseluruhan.

Paling menggembirakan JDT layak ke piala AFC 2015 buat kali pertama. Tapi sayangnya, peminat bola sepak Malaya tidak menyebelahi kita. Seperti biasa media massa dan tabloid memain kan peranan pemting malah ada antara mereka membuat tajuk berita

Mustahil untuk JDT bersaing dalam persaingan AFC 2015”.
TIADA YANG MUSTAHIL SAHABAT!

Terkejut. Terperanjat. Tidak percaya!

Itu sahaja yang boleh digambarkan! Tahun itu JDT telah mula mencipta sejarah apabila pada tahun itu bukan sahaja kita masih lagi bergelar juara bertahan tetapi mengaut kemenangan lebih besar. Malah paling bermakna apabila JDT telah dinobatkan sebagai juara piala AFC buat julung-julung kalinya dalam sejarah.

Sama ada dalam Malaya mahupun Asia Tenggara! Satu pencapaian terbesar yang berjaya direalisasikan oleh Tunku.

Tak akan pernah terlalu muda untuk membina sebuah empayar. Tak akan pernah terlalu tua untuk mengejar suatu impian yang baru”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, 2 Ogos 2015.

Itu adalah kata-kata spontan yang dikeluarkan oleh Tunku.

SEMAKIN BERKUASA

Kini semuanya hanya menjadi sejarah terindah. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berdiri sebagai sebuah kelab yang mempunyai visi yang jelas. Bukan sekadar kelab yang hebat, tetapi sebagai sebuah kelab yang penuh aspirasi.

Bersyukur kepada tuhan, JDT beruntung kerana mempunyai seorang tokoh pemikir yang hebat di dalam organisasi.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mempunyai ciri-ciri kualitatif seorang pemimpin yang amat menakjubkan dalam memastikan Harimau Selatan terus mendaki menuju mercu kejayaan yang realiti.

Empat belas kejuaraan, 6 tahun berturut-turut merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia, kelab pertama Asia Tenggara menjulang piala AFC, memberi saingan sengit dalam kemunculan kali pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL), stadium dan fasiliti setaraf milik gergasi kelab hebat dunia di masa pasukan-pasukan Malaya masih lagi bergelut dan berhalusinasi dengan masalah-masalah zaman purba seperti tunggakan gaji, korupsi dan mengemis dana politik.

Akhir kata, tanggal 31 Julai! Terima kasih Tunku!

Keinginan untuk menang, keinginan untuk berjaya, keinginan untuk mencapai potensi penuh anda.Ini adalah kunci yang akan membuka pintu kepada kecemerlangan peribadi. Simpan mata anda pada bintang dan kaki anda di atas tanah” –  DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

2 Comments

  1. Can Audible Work?
    You receive a complimentary audiobook and take a trial of Audible .
    This could be among even an originals or the classics.

    At the end of your trial, you can buy a subscription of Audible.

    You have to register to your membership.
    are awarded by Audible with one charge Monthly.

    You can take advantage of this credit to buy
    Audible audio books in different categories including technology,
    fashion, love, social media, ads, etc..
    If you wish to purchase more books, you can purchase Audible
    credits or pay-per audio publication.
    Lately, a member may download two of six star Originals on the first Friday
    of each month. They do not cost any credits.
    It is possible to continue to keep these Audible Originals
    eternally.
    You own Audible books on your library even in case you cancel your subscription.
    It is possible to listen to Audible books anyplace using apps for
    your telephone, Windows or Mac computer or Alexa device.|

    With more than 300,000 titles to its title, Audible is the world’s biggest vendor and
    producer of audiobooks.
    Audible Review https://www.atoallinks.com/2020/is-audible-actually-worth-it-a-brutally-authentic-audible-overview/

  2. Can Audible Work?
    You receive a complimentary audiobook and take a trial of Audible
    . This could be among even an originals or the classics.

    At the end of your trial, you can buy a subscription of Audible.

    You have to register to your membership.
    are awarded by Audible with one charge Monthly.
    You can take advantage of this credit to buy Audible audio
    books in different categories including technology, fashion, love, social media, ads, etc..

    If you wish to purchase more books, you can purchase Audible credits
    or pay-per audio publication.
    Lately, a member may download two of six star Originals on the first Friday of each month.
    They do not cost any credits. It is possible to continue to keep these
    Audible Originals eternally.
    You own Audible books on your library even in case you cancel your subscription.
    It is possible to listen to Audible books anyplace using apps for your
    telephone, Windows or Mac computer or Alexa device.|

    With more than 300,000 titles to its title, Audible is the
    world’s biggest vendor and producer of audiobooks.

    Audible Review https://www.atoallinks.com/2020/is-audible-actually-worth-it-a-brutally-authentic-audible-overview/

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*