SIKAP HANDS ON TMJ JADIKAN JDT STABIL DAN BERTAMBAH BAIK

Screenshot

Jikalau kita bercerita tentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), perkara pertama yang akan kita perkatakan adalah mengenai ketokohan DYAM Tunku Mahkota Ismail, pemilik kelab yang juga Pemangku Sultan Johor.

Ceritalah kepada sesiapa pun, sosok yang sentiasa berada di belakang pasukan ini pastinya membawa aura tersendiri hingga mampu diterjemahkan kepada kejayaan buat Harimau Selatan.

Ketika kelab-kelab lain bergelut dengan tekanan dari pelbagai pihak terutama penyokong, JDT berada dalam keadaan yang stabil kerana semuanya dikomunikasikan sebaiknya oleh Tunku Ismail yang bertindak umpama komander perang.

Lihat sahaja sejurus JDT tidak mendapat keputusan yang diharapkan ketika bertemu juara Liga Thailand, Tunku Ismail tidak culas hadir melihat sendiri sesi latihan dan memberikan kata-kata semangat buat semua pemain dan barisan kejurulatihan.

Hasilnya, 41 gol sudah terhasil selepas itu dan kita selesa di takhta Liga Super, Piala Shopee dan berjaya menduduki tangga kedua peringkat liga Zon Timur Liga Juara-Juara AFC Elite.

Tidak cukup dengan itu, kita menjadi wakil tunggal memungut mata MA ranking bagi memastikan wakil Malaysia kekal di ACL Elite untuk musim 2027-28.

Penyerang kesayangan kita, Bergson yang sebelum ini tertekan kerana dihimpit rekod penjaring terbanyak Liga Super akhirnya meledak dan terus meledak sekaligus menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dan menggembirakan kita semua para penyokong.

Tidak cukup dengan itu, kita berbangga apabila melihat nama Arif Aiman dicalonkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan AFC 2025, menjadikan dia pemain Malaysia pertama menerima penganugerahan tertinggi Asia itu.

Disebabkan sikap hands on Tunku Ismail juga, kita para penyokong berada dalam keadaan tenang dan sering percaya. Kita tetap hadir ke stadium tanpa mengira lawan, kejohanan atau waktu sepak mula. Semuanya kita lakukan kerana rasa kebanggaan dan kesayangan kita terhadap kelab ini.

Tiada rungutan dan sikap merentan tetapi hanya yakin serta percaya yang membawa kepada keputusan berjaya yang dibangga. Inilah sikap sebenar penyokong Harimau Selatan.

Terus rapatkan saf, percaya dan kekalkan sikap tenang kerana kita tahu, dibelakang kita ada seorang pemilik yang sentiasa menjaga kebajikan dan kebijakkan kelab ini. Penuhkan stadium dan tunjukkan kepada semua, ini Johor Darul Ta’zim.

Luaskan Kuasamu Johor.