“SEBAHAGIAN DARIPADA DIRI SAYA AKAN SENTIASA MERAH DAN BIRU.” – HARISS HARUN

Selepas 7 tahun lebih, saya mengakhiri perjalanan yang tidak dapat dilupakan dalam karier bolasepak saya. JDT lebih daripada sebuah kelab, ia adalah sebuah keluarga yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk memperbaiki diri sebagai pemain bolasepak dan individu.

Saya akan sentiasa berterima kasih di atas peluang untuk mewakili negeri Johor Darul Ta’zim. Mengenang hari pertama saya di sini sehingga kejayaan yang dimliki kelab pada hari ini saya merasa beruntung dapat menyaksikan transformasi JDT.

Kenangan-kenangan yang akan bersama saya selamanya. Persahabatan yang terjalin dengan jurulatih, pegawai dan rakan sepasukan saya belajar sesuatu dari setiap mereka.

 

Kepada penyokong JDT, saya memegang erat pada semangat dan sokongan yang tiada tandingannya. Suasana alunan yang bersemarak di Stadium Larkin dan Stadium Sultan Ibrahim adalah memori terindah bagi saya.

 

Anda yang sentiasa memberi semangat kepada pasukan untuk memberikan persembahan dan permainan yang terbaik.

Kepada DYAM Tunku Mahkota Johor, patik amat berterima kasih dan tidak akan dapat membalas kepercayaan yang diberikan kepada saya ketika Tunku membawa saya ke kelab dan memberi saya peluang untuk mempin pasukan pada tahun-tahun terakhir saya di kelab.

 

Kepada rakan sepasukan dulu dan sekarang, saya akan merindui anda semua. Terima kasih atas semua kenangan. Terus terbang tinggi dan saya yakin anda akan mebawa kejayaan ke kelb seperti selalu.

Saya dengan bangga mengatakan bahawa sebahagian diri saya akan sentiasa berwarna merah dan biru.

Hariss, saya secara peribadi dan bagi pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya dalam karier anda. Anda sentiasa akan mendapat sokongan saya, sokongan kami dan anda akan sentiasa menjadi sebahagian dari keluarga JDT, dan seorang legenda JDT.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Luaskan Kuasamu Johor! Sehingga kita berjumpa lagi!

 

Hariss Harun

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply