RINDUKU SEMAKIN KUAT

 

“Semakin hari semakin kuat, rindu rindu rinduku ini… Tak terdaya ku menanggung”. Itulah bait-bait lirik lagu Rinduku Semakin Kuat dendangan Safura yang boleh menggambarkan rasa rindu penyokong terhadap pasukan JDT.

Kalau diikutkan, esok sepatutnya kita bergerak beramai-ramai ke Kuantan untuk menyokong JDT menentang musuh tradisi kita, Pahang di Stadium Darul Makmur dalam cabaran CIMB Liga Super Malaysia 2020.

Walaupun kukuh di persada liga, perlawanan menentang Pahang pasti dianggap seperti royal rumble kerana sejarah perseteruan hebat antara JDT dan Pahang sejak 2013.

Tetapi apakan daya, pandemik Covid-19 ini telah mengakibatkan liga kita terpaksa ditangguh sehingga tarikh yang tidak diketahui bila. Rasa resah gelisah kini semakin jelas dikalangan peminat bola sepak tempatan.

 

Kerinduan tanpa bola sepak hampir sebulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pemain JDT semuanya terpaksa berlatih di rumah dengan rejim latihan yang sudah disediakan jurulatih kecergasan.

Ada juga pemain yang mempunyai inisiatif dalam memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dengan menderma sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Kelab secara keseluruhan juga mengamalkan polisi #stayathome dalam usaha kita memerangi pandemik Covid-19 ini yang memberi kesan kepada masyarakat negara kita.

Apa yang harus dipuji adalah kesanggupan pemain JDT untuk memotong gaji mereka sebanyak 33% dan tidak seorang pun yang muncul dalam video viral seperti artis-artis tempatan yang seakan merempat mengharapkan bantuan kerajaan.

PARA PEMAIN, JURULATIH DAN KAKITANGAN JDT BERSETUJU DENGAN PEMOTONGAN GAJI 33% DAN SUMBANGAN KE TABUNG BENCANA NEGERI…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, March 29, 2020

 

Tabahlah semua penyokong. Kita kekal duduk di rumah sekarang ini bagi memastikan keadaan pulih seperti sediakala dan kita boleh kembali ke stadium. Buat masa sekarang kita ubatlah kerinduan ini dengan menonton kembali video-video kejayaan JDT di laman sosial.

Semoga rasa rindu yang menebal ini mampu diterjemahkan kepada sokongan yang lebih padu kerana kini jelas kita akan mula merasa kehilangan jika sesuatu benda itu diambil dari kita. Jangan sendu jangan geram, kita simpan untuk samok di masa hadapan.

Please stay at home. Let’s fight and win this battle against Covid-19. Demi merah biru yang tercinta.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply