COVID-19 DAN HIKMAH SETIAP KEJADIAN

 

Sedang kita berehat di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ingin admin berkongsi 1 kisah benar salah seorang sahabat di Johor Bahru.

Dari paparan Facebook Izham Tarmizi bagaimana hasil bantuan ikhlas beliau dan keluarganya membantu seorang orang tua berbangsa Tioghua di Flat kediaman mereka. Di awal paparan bagaimana pada awalnya sikap risau dengan keselamatan bertukar menjadi simpati dan seterusnya membantu lelaki ini.

Hasil bantuan viral netizen tidak sampai beberapa jam sahaja masalah lelaki ini selesai. Daripada bantuan ikhlas saudara Izham dan seorang insan mulia yang baik hati membantu uncle ini mendapatkan tempat berteduh bersama seorang anak OKU nya.

Disebalik kesulitan dan dugaan yang sedang kita hadapi kini pasti ada hikmah setiap kejadian. Covid-19 sememangnya memberi kesulitan kepada semua orang tetapi kita jangan lupa untuk sama-sama membantu setiap insan yang dekat mahupun jauh dari diri kita. Marilah kita berbuat baiklah kita semua tidak kira mengenal bangsa mahupun agama.

Hari ini, hasil rasa terharu dengan keikhlasan bantuan dari semua orang dan rasa ingin tahu yang sudah lama kepada agama Islam lelaki tionghua ini sudahpun memeluk Islam. Subhanallah.

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply