PILIHAN JDT VS ‘REST OF THE WORLD XI’

Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor baharu sahaja mengumumkan berita gembira buat semua penyokong bolasepak Malaysia sebentar tadi.

Bertempat di Stadium Larkin bakal berlangsungnya Perlawanan Amal di antara Piilihan JDT menentang ‘Rest of The World’ pada 30 Jun 2019 (Ahad) nanti

Pemain-pemain antarabangsa yang bakal beraksi di Stadium Larkin ini adalah Luis Figo, Roberto Carlos, Bebeto, Claudio Caniggia, Marco Materazzi dan Roberto Pires. Kesemua pemain-pemain antarabangsa ini pernah bertanding di pentas Piala Dunia.

Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aids Organisation.

Menjunjung Kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas usaha baginda ini

Luaskan Kuasamu Johor!

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*