CUTI SUDAH HABIS JOM SOKONG JDT SEMULA

Sudah seminggu kita menyambut Syawal dan kini tiba masanya untuk kita kembali memberi tumpuan kepada cabaran JDT di Liga Super Malaysia 2019.

Persembahan cemerlang pemain JDT ketika menyarung jersi kebangsaan juga memberi sinar kepada pasukan dan menutup ruang ‘haters’ untuk mengata berlebihan.

Sekarang kita fokus kembali kepada Liga Super. JDT hanya perlukan 3 kemenangan sahaja lagi untuk disahkan sebagai juara Liga Super 2019 sekaligus kejuaraan keenam berturut-turut dalam sejarah kelab.

Bermula dengan perlawanan menentang PKNP FC esok di Manjung, JDT dijangka membawa pulang tiga mata dan mengukuhkan lagi kedudukan di persada liga.

Perlawanan seterusnya menyaksikan JDT bakal berhadapan pasukan teragung Malaya, Selangor di Larkin. Rekod kebal Larkin perlu dipertahankan dan tiga mata dituntut dari perlawanan ini.

Jika menang kedua-dua perlawanan ini maka JDT boleh bersedia untuk menjuarai Liga Super 2019 apabila bertandang ke Melaka. Bayangkan bekas kapten Safiq Rahim yang akan menjadi saksi kejayaan skuad dengan kapten yang baharu.

Tetapi ini hanyalah congak di atas kertas. JDT pasti akan juara tetapi bagaimana dan bila hanya boleh ditentukan menerusi keputusan positif setiap perlawanan dan kita harapkan semua pemain dapat merealisasi kan harapan ini.

Dan kita pula sebagai penyokong ayuhlah sama-sama memenuhi stadium dan berikan sokongan kepada pasukan kesayangan kita ini. Jika Liverpool boleh berbangga dengan 6 kejuaraan Eropah kita juga mampu bermegah dengan 6 kejuaraan Liga Super berturut-turut.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply