PIALA MALAYSIA – DULU CAKAP LAIN SEKARANG CAKAP LAIN? INI JAWAPANNYA

PIALA MALAYSIA – DULU CAKAP LAIN SEKARANG CAKAP LAIN? – INI JAWAPANNYA

Ramai penyokong JDT gagal untuk memberi jawapan kepada soalan ini. Dan pastinya soalan ini datangnya dari peminat gelap JDT. Tenang semua penyokong. Kita tidak perlu menggelabah ayam atau naik hantu apabila soalan ini ditanya.

Kita cuba jawab dalam bentuk ilmiah. Jawab dengan memberikan fakta bukan auta. Apabila kita berjaya menjawab dengan tenang dan berdasarkan fakta dan sejarah, orang yang bertanya pasti akan malu dan akhirnya terpaksa angguk setuju dan sedar bahawa pasukan mereka yang salah sebenarnya.

Inilah satu perkara yang saya belajar dari DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) sepanjang saya menghadiri forum baginda bersama penyokong sebelum ini. Baginda berjaya menukarkan ‘haters’ kepada penyokong beliau.

SATU

Satu jawapan yang pasti kenapa JDT mahukan Piala Malaysia adalah kerana kini jadual Piala Malaysia kembali diasingkan dari jadual Liga Super. Semua maklum bahawa sasaran utama JDT adalah memenangi Liga Super. Jadi apabila sudah diasingkan jadualnya maka JDT akan mudah fokus kepada Piala Malaysia.

DUA

Kedua kerana JDT tidak lagi bertanding di peringkat Piala AFC. Bermain pada pertandingan benua ini melelahkan sebenarnya. Dengan perjalanan yang jauh dan jadual yang padat menyukarkan pasukan untuk fokus kepada piala yang sekadar piala sahaja. Lebih baik fokus itu diletakkan kepada piala yang lebih memberi erti.

TIGA

Ketiga anda suka atau tidak tanpa JDT sesuatu kejohanan akan suram. Lihatlah betapa gembiranya Tanah Melayu apabila MIFA menewaskan JDT. Media mempunyai modal untuk dijadikan bahan cerita dan laman-laman tidak rasmi mempunyai idea untuk mentertawakan JDT.

Itulah yang terjadi kepada final Piala FA. Bayangkan dua pasukan gergasi tanah air bertanding di Stadium Bukit Jalil tetapi hanya 40,000 penyokong yang hadir. Selangor yang berpengkalan di Lembah Klang dan Pahang hanya perlu 2-3 jam untuk sampai ke Bukit Jalil tidak berjaya penuhkan Bukit Jalil. Alasan selamat yang diberikan Piala Dunia. Hahaha.

EMPAT

Hakikat yang pasti ialah, apa jua piala yang dipertandingkan, JDT masih lapar dan masih ingin menambah koleksi mereka. 11 piala sejak 2013 mungkin banyak bagi sesuatu pasukan namun mental pasukan JDT sentiasa dibentuk untuk menjadi juara. Maka jangan terperanjat jika JDT mengakhiri tahun 2018 dengan piala ke 12.

Jadi kini anda sudah mempunyai empat sebab terbaik untuk dijawab andai anda ditujukan soalan ini. Jawab dengan tenang dan sentiasa kuntumkan senyuman. Ingatlah soalan ini dituju bukan untuk jawapan tetapi untuk melihat cara kita menjawabnya.

Luaskan Kuasamu Johor

Luqman – Saujana

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 651
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*