BERBUAL ‘KALAU’ MEMANG SEDAP

 

BERBUAL ‘KALAU’ MEMANG SEDAP

Sebagai penyokong setia JDT, kini sudah jelas kelihatan ramai penyokong segera atau penyokong bermusim yang sebenarnya menyorok di belakang penyokong sebenar. Stadium semakin kosong walaupun JDT mencipta rekod demi rekod.

Jika kita duduk melepak di warung atau di mana-mana jelas kedengaran sembang-sembang kencang penyokong JDT yang seronok berbual kalau. “Kalau laa JDT ambil Torres import, stadium mesti penuh”. “Kalau laa Diaz tak buat perangai JDT mesti lagi power”.

Memang seronok berbual kalau. Tetapi jika tiada tindakan yang dibuat anda hanya di takuk lama sahaja. Bayangkan situasi jika DYAM Tunku Mahkota Johor hanya berbual kalau dan tidak merealisasikan impian beliau.

Kalau laa baginda hanya merancang tetapi tidak melaksana. Kalau laa baginda hanya bercakap tetapi tidak buat. Kalau lah baginda hanya lihat dan tunggu tanpa tindakan. Akankah ada pasukan JDT seperti sekarang?

Kini JDT menuju era baru. Pemain silih berganti dan Stadium Larkin bakal ditinggalkan. Jika kita gagal penuhkan Larkin macam mana kita hendak penuhkan Stadium Sultan Ibrahim nanti. Atau kita masih berbual kalau lagi.

Pelan jangka panjang JDT sudah menunjukkan hasil. Pasukan akademi menjuarai kategori masing-masing dan dalam tempoh 3-4 tahun, mereka bakal menjadi pemain utama JDT. Mereka ada misi dan bukan bersembang kalau.

Penyokong JDT mahukan perubahan dari pihak kelab. Mahukan fasiliti terbaik, sistem tiket terbaik, pemain terbaik namun sikap penyokong masih ditakuk lama. Masih mencari pelbagai alasan demi menyelamatkan diri.

Artikel ini pasti mengundang persepsi negatif terutama kepada pencari alasan. Alasan demi alasan dicipta oleh mereka yang berbual kalau ini. Namun mereka lah yang dihadapan sekali beratur untuk tiket final. Tiada satu alasan pun diberikan jika masuk ke final.

 

(Foto Arkib Juara Liga Super 2014)

Oleh itu penyokong semua, berubahlah. Hentikan berbual kalau. Tunjukkan kepada Tunku bahawa andalah sekalian yang setia tidak kenal erti hujan atau panas, menang atau kalah. Kerana orang tahu kekuatan pasukan JDT lahir dari kesatuan hati peminat mereka sendiri.

Umar Haiyat, Kulai

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply