ADUHAI PENGADIL LIGA MALAYSIA

 

 

ADUHAI PENGADIL LIGA MALAYSIA

Isu pengadilan kurang bermutu kembali hangat diperkatakan setelah JDT tewas kepada Kelantan di Kota Bharu. Isu yang saban tahun menghantui kemeriahan liga kita ini.

Bukan mengatakan pengadil kita tidak bagus. Ada juga pengadil Malaysia yang bertaraf FIFA hingga mampu mengadili perlawanan antarabangsa kelas A di Asia ini. Namun lebih ramai yang kurang bagus dalam membuat keputusan.

Bukan mencari alasan sebab kalah ye, tetapi perkara tentang pengadil ini sudah acap kali dilaungkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Ketika beliau memimpin FAM, beliau mencadangkan pengadil menjadi satu profesion yang profesional dan bukannya kerja sambilan.

Namun seperti biasa ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh hinggalah berlaku sesuatu keputusan berat sebelah kepada pasukan mereka. Masa itu semua menggelupur menyalahkan pengadil.

Mengambil kira perlawanan semalam, memang jelas pengadil gagal mengawal perlawanan dari minit pertama. Apa rasionalnya 2 kad merah dilayangkan di waktu kecederaan sedangkan ia patut dilayangkan lebih awal.

Kita hidup di zaman teknologi, jadi ada bukti video yang jelas menunjukkan kesilapan pengadil dalam perlawanan itu. Fernando Marquez jelas dikasari penjaga gol dalam kotak penalti. Sebagai orang yang faham akan undang-undang bola sepak, ia jelas penalti dan kad merah kepada penjaga gol kerana menafikan peluang penyerang menjaringkan gol.

Namun pengadil dan penjaga garisan selamba melambaikan tangan meneruskan permainan. Adakah Fernando perlu berguling ala Neymar barulah penalti dianugerahkan. Jika iya jawapannya maka anda adalah pengadil yang mudah ditipu.

Tiada kad merah untuk penjaga gol dan yang lebih hairan, Fernando juga terlepas dari kad kuning kalau mungkin beliau melakukan simulasi untuk meraih simpati pengadil. Jadi apa yang hendak diberitahu oleh pengadil. Ada foul atau tidak.

Kad merah pula diberi kepada pemain Kelantan kerana berlakon sakit di hujung perlawanan dan kerana pergeseran akibat tindakan mahu melambat-lambatkan permainan. Lawak sungguh tindakan pengadil ini. Ia bukan hanya tidak adil untuk JDT tetapi juga untuk Kelantan.

Penyokong mahukan kualiti permainan yang terbaik tetapi seringkali direncatkan oleh si baju hitam dan pembantunya yang kadangkala berlari lebih lambat dari pertahanan akhir dan dengan tenang mengangkat bendera mengatakan offside.

Pengelola liga baik FAM ataupun MFL anda perlu memandang serius perkara ini juga. Latar belakang pengadil seperti asal dari mana negeri mana pengadil itu juga perlu dikaji sebelum terpilih mengadili sesuatu perlawanan. Kita tidak mahu insiden ambulan dibakar di Terengganu berulang. Insiden penonton masuk ke padang menyerang pengadil berulang. Fikir fikirkan lah demi kesenangan semua.

 

Ramli, Skudai

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 872
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*