PERBEZAAN WINNING MENTALITY DAN PROVOKE MENTALITY

JDT berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia 2019 apabila mudah mengenepikan cabaran legenda Piala Malaysia dan pasukan kesayangan media, Selangor di separuh akhir.

Sebelum bermula perlawanan, pasukan Selangor sudahpun diangkat sebagai juara oleh media massa dan media sosial. Berita tentang kejayaan Selangor membawa pulang ‘away goal’ dijulang dan diulang bagai tiada hari esok.

Tetapi sayang di atas padang pasukan kesayangan media ini lesu dan langsung tidak melawan hinggakan jersi Farizal Marlias tidak kotor walaupun bermain dalam padang becak. ‘Outplay’, ‘outclassed’ oleh sang Harimau.

Disini jelas menunjukkan winning mentality yang sentiasa diterapkan dalam kepala setiap pemain JDT. Pemilik pasukan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja turun sendiri memberi amanat jelas kepada pasukan dan juga penyokong.

Berbeza di kem Selangor, mereka menggunakan ‘rakan baik’ mereka, media untuk melaporkan kekuatan dan melakukan provokasi kepada JDT. Semua berita melaporkan kekuatan Selangor dan mengagungkan kata-kata pemain import mereka yang jelas koyak.

Inilah yang dinamakan ‘provoke mentality’. Apabila anda sedar anda tidaklah sekuat mana tetapi mempunyai ‘rakan’ yang boleh membantu mengangkat anda sehingga anda sendiri tertekan. Perkara ini digunapakai oleh media British yang sering mengangkat pasukan England sedangkan realitinya hanya Tuhan yang tahu.

Maaf kepada penyokong Selangor yang datang berduyun – duyun meredah hujan dan akhirnya bagaikan di’scam’ oleh pasukan anda. Ianya ibarat membaca reviu filem yang menarik di akhbar tetapi rupanya pengarah filem itu telah membayar media itu untuk memberi pujian.

Tahniah kepada JDT. Sekali lagi ke final setelah melakukannya pada 2017. Mari teruskan ‘winning mentality’ baik dari pengurusan, pemain dan penyokong. Kita tidak perlukan ‘rakan baik yang bias’ tetapi kita hanya perlukan 90 minit di atas padang.

Untuk Selangor, cuba lagi tahun hadapan. Belajar bagaimana memenangi hati penyokong dengan persembahan di atas padang dan bukannya provokasi dari media yang sememangnya mengagungkan anda. Akhirnya anda yang tertekan dan dimalukan. Fikir-fikirkan.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*