3 FAKTOR PENENTU PERLAWANAN JDT-SELANGOR

Sabtu ini Selangor melayan kehadiran Johor Darul Ta’zim di Stadium Shah Alam. Perlawanan yang menjanjikan perlawanan sengit dan mendebarkan.

  1. TAKTIKAL PERLAWANAN

Di kem JDT kehadiran Diogo di barisan serangan amat ditagih kali ini. Pemain yang di awal musim agak perlahan diterima penyokong sendiri sudah membuktikan beliau adalah penjaring gol tulen buat Harimau Selatan. JDT sudah membuktikan di peringkat pertama sebelum ini mempunyai rangkaian serangan yang merbahaya tapi kehadiran Diogo pasti boleh menghadirkan gol dengan gerakan-gerakan pemusnah mudah beliau. Di barisan pertahanan, JDT sudah pasti sudah membuat ulangkaji untuk lebih fokus dan disiplin untuk setiap saat.

2. KUASA SOKONGAN PEMAIN KE-12

Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan hampir 80,000 orang penyokong sudah pasti kali ini bakal penuh. Seperti JDT juga yang kali terakhir menjadi juara pada 2017, Selangor sudah pasti mahu kembali ke pentas Final Piala Malaysia yang kali terakhir melakukannya pada 2016 dahulu tetapi tewas di tangan Kedah melalui sepakan penalti. Keyakinan Selangor kali ini nampak menebal apabila mereka tampak yakin setelah berjaya mencuri 1 gol di Larkin tempohari.

Bagi penyokong JDT walaupun sedar bermain di tempat lawan bakal memberikan kelebihan kepada tuan rumah namun penyokong Harimau Selatan telah membuktikan sebelum ini yang sorakan mereka pernah menawan stadium-stadium pasukan lawan walaupun hadir dalam kuota yang sedikit.

3.  KUALITI PENGADILAN

Sebaik wisel permainan di tiup nanti semua mata pasti ke arah individu ke 23 di atas padang. Perlawanan panas seperti ini bakal mengundang persepsi dan tafsiran berbeza daripada kedua-dua pasukan dan penyokong sendiri. Yang paling penting pemain-pemain JDT perlu fokus dengan taktikal dan jangan leka dengan emosi dan provokasi lawan.

“Talent wins games but teamwork and intelligence win championship..”

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply