PERANG SUDAH TAMAT, HORMAT PADA LAWAN DAN KITA TERUSKAN BERJUANG

Seperti biasa perlawanan melibatkan JDT pastinya menjadi kecoh di media sosial akibat rasa tidak puas hati dan iri hati melihat kemenangan demi kemenangan dicapai oleh JDT.

Terbaharu, perlawanan bertemu Terengganu FC berlangsung dalam suasana tegang akibat daripada tindakan pengadil yang gagal mengawal perlawanan dari awal.

Disaksikan hampir 135,000 penonton di laman YouTube Unifi, pastinya insiden-insiden panas ini dapat dilihat dan diulang tayang tanpa henti dengan tujuan menjadi batu api.

Memang harus kita akui ada beberapa keputusan pengadil yang boleh disangkal. Sekali lagi pihak pengelola seharusnya menyediakan pengadil FIFA dan bukannya pengadil FAM untuk perlawanan berkelas tinggi ini.

Di laman sosial apa yang lebih dibincangkan adalah patutkah Terengganu mendapat penalti dan bukannya patutkah pemain import mereka dibuang padang kerana terjahan keras.

Disebalik perang ini yang dilihat mungkin tiada hujung, muncul sosok seorang askar sebenar yang faham erti menang dan kalah dalam peperangan.

Menerusi hantaran di Instagram jelas DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor dengan tenang menyatakan bahawa ada kekhilafan dalam keputusan pengadil tetapi dalam masa sama tetap memuji lawan dan memberikan kata-kata semangat buat mereka.

Ini yang diperlukan sesebuah pasukan. Mempunyai Jeneral yang tenang dan mengakui apa yang jelas salah tetapi dalam masa yang sama tidak meremehkan lawan malah memuji fasiliti yang ada.

Setiap pasukan perlukan lawan yang mampu menandingi mereka. Maka masa depan Terengganu FC dilihat cerah dengan pemain muda dan fasiliti yang sesuai dengan kehendak bola sepak moden.

Oleh itu kita sebagai penyokong harus lebih tenang dan waras. Ingat perang sudah tamat tetapi cara kita melayan pihak lawan itu yang akan menunjukkan kelas kita sebagai penyokong JDT. Tahniah JDT tahniah Terengganu FC.

Luaskan Kuasamu Johor.

 

Foto: MFL

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*