INFO MENARIK JDT

Tahukah anda perlawanan antara dua kelab paling professional di Malaysia iaitu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC mencatatkan jumlah tontonan tertinggi di laman YouTube Unifi mengatasi pasukan berstatus negeri.

Lebih 135,000 pelayar internet menikmati pertembungan dua pasukan tempat teratas Liga Super Malaysia yang bertarung pada Jumaat lepas.

Corak permainan yang menarik ditambah dengan barisan bintang JDT serta peningkatan mutu pasukan Terengganu antara penyumbang kepada angka yang besar ini.

Ini membuktikan masih ramai yang sayangkan bola sepak tempatan dan tahniah diucapkan kepada semua penyokong dan terima kasih kepada MFL dan TM kerana memberikan akses percuma kepada semua penyokong. Luaskan Kuasamu Johor.

Kredit: Vocket FC

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply