MARI SAMBUT DUA SEJARAH KELAB DALAM SATU MALAM

Betapa beruntungnya menjadi penyokong JDT apabila setiap tahun mampu meraikan sejarah demi sejarah selari dengan kecemerlangan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dalam arena bola sepak tempatan.

Tahun ini pada tanggal 2 Oktober 2020 sekali lagi penyokong JDT boleh berada bersama-sama dalam lipatan sejarah kelab. Tetapi apa yang menariknya kali ini adalah bukan satu tetapi dua sejarah sekaligus dalam satu masa.

Tatkala kita semua merasa terkilan kerana tidak dibenarkan masuk ke stadium ekoran penularan pandemik Covid-19, tetapi itu bukan alasan buat penyokong JDT dari memberikan sokongan.

Lebih 500,000 penyokong menyaksikan aksi JDT menerusi siaran langsung di laman YouTube Unifi setiap minggu dan seperti juga pasukan, penyokong JDT membuktikan mereka konsisten dalam memberi sokongan tanpa memilih perlawanan.

Jumaat ini sama-sama kita saksikan sejarah baharu apabila JDT bakal bergelar juara Liga Super Malaysia buat kali ketujuh berturut-turut. Tiada kelab yang pernah lakukan perkara seperti ini dan agak sukar buat kelab lain untuk membaca buat masa ini.

Setelah Kuching, Selayang, Ipoh, Melaka dan Larkin menjadi saksi kejuaraan JDT, kini tiba giliran Iskandar Puteri pula menyambut trofi Liga Super yang dipertahankan oleh JDT sejak 2014. Stadium baharu, suasana baharu tetapi juara tetap yang sama. Johor Darul Ta’zim.

Seperti biasa, bukan JDT lah kalau tiada bunga api. Oleh itu JDT telah mengajak penyokong yang bertuah untuk sama-sama memeriahkan suasana kejuaraan ketujuh dengan viewing party secara penjarakan sosial yang julung kali diadakan. Ini satu lagi sejarah dalam lipatan sejarah JDT dan juga bola sepak Malaysia.

Acara digital dan pertunjukan bunga api sudah disediakan dan ianya dpt ditonton secara langsung di kaca tv, menerusi penstriman di internet dan juga dari dalam kenderaan masing-masing. Unik bukan.

Kepada para penyokong ayuh ramai-ramai meriahkan rumah kita. Yang sudah mendapat pas pastikan hadir dan jadi sebahagian dari sejarah kelab. Sila pastikan anda mematuhi SOP KKM dan dengar arahan dari marshal yang bertugas.

Ingat ini rumah kita oleh itu mari sama-sama kita patuhi SOP dan bergembira. Ingat apa yang kita ada sekarang tidak kekal lama. Oleh itu marilah kita meraikan dikala kita masih berpeluang menjadi juara. Luaskan Kuasamu Johor.

 

Foto: Ezreen Abd Talip

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply