BOA SORTE SAFAWI

Selepas membantu JDT mencipta sejarah menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ketujuh berturut-turut, Safawi Rasid kini bersedia untuk berhijrah ke Portugal.

Pemain sayap sensasi itu kini bakal menyarung jersi kelab Liga Primeira Portugal, Portimonense SC sekaligus menyaksikan beliau bakal mengembangkan bakat di Eropah. Satu peluang keemasan yang sering ditunggu pemain terbaik dalam negara.

 

Safawi Rasid yang berpindah dari T-Team ke JDT pada 2017 telah beraksi cemerlang dengan Harimau Selatan dan menjadi tunjang kejayaan JDT dalam pelbagai kejohanan.

Pemain berusia 23 tahun ini telah melakukan 101 penampilan bersama JDT menjaringkan 47 gol dan melakukan 18 bantuan jaringan. Selain cemerlang dalam liga tempatan Safawi juga membuktikan kredibiliti beliau dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) apabila berjaya memenangi gol terbaik sedekad ACL.

Rekod kejayaan Safawi di JDT termasuk memenangi empat kejuaraan Liga Super, dua Piala Malaysia dan tiga Piala Sumbangsih. Sembilan piala dalam empat musim cukup menperlihatkan mengapa Safawi menjadi pilihan kelab professional Portugal ini.

Foto: Nizam Rahman

Boa Sorte Safawi. Pastikan anda bekerja keras dan menaikkan nama JDT dan negara. Terima kasih atas segala jasa. Keluarga JDT akan merindui anda. Tahniah, Luaskan Kuasamu Safawi.

 

Foto: Ezreen Abd Talip

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply