LAPAN BELAS MEI! BERILAH SOKONGAN SEPENUH JIWA!

“Esok last game selepas itu liga break untuk 1 bulan. Datang stadium beri sokongan. Tahun ini fighting spirit team luar biasa. Sejarah dan rekod telah tercipta. Sokongan anda memberi setiap pemain semangat yang luar biasa. Kesian saya ni. Berjuta- juta duit keluar, masa, pengorbanan, sejarah, pencapain dan masih kena merayu penyokong datang ke stadium. Apa-apa pun terima kasih atas sokongan anda”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Komentar oleh DYAM Tunku Mahkota Johor sekitar pagi tadi memprojeksikan sebuah harapan. Bilamana Harimau Selatan amat memerlukan sokongan untuk meneruskan rentak kemenangan.

Cukup adiwarna titah ini, ringkas penuh makna maka nasihat perlu diadaptasi menjadi petua. Membakar api sokongan penyokong setia terkini, terus marak kekal membara sehangat magma Mauna Loa.

Sesungguhnya, organisasi, pasukan dan penyokong Harimau Selatan. Kuatnya afiliasi antara satu sama lain, menjadikan organisasi ini sentiasa berinteraksi dan saling memerlukan.

Pernahkah kita terfikir? Kenapa Tunku merayu untuk kita hadir?

Kita adalah satu, seharusnya kita bersatu”

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya mengkonsolidasikan ikatan kekeluargaan dengan menjadikan penyokong sebahagian daripada ramuan utama dalam ambisi organisasi melakar sejarah baharu. Serta sebagai penawar paling efektif dalam menambahbaik semangat keseluruhan pasukan ketika melalui waktu-waktu krusial untuk terus memandang kehadapan tanpa celaru.

Sejak bertahun dahulu, Tunku mendidik kita tentang kesetiaan, kepercayaan serta keazaman. Faktual tiga elemen ini akhirnya sama-sama kita adun jadikan dogmatik dalam perjuangan. Lama kelamaan ianya sebati karismatik berada dalam diri sendiri. Bercambah cantik bagai Shibazakura, dalam hepatik segar bugar dari hari bertemu hari.

Kesetiaan yang autoritatif”

Kesetiaan adalah elemen paling utama dalam konteks Keluarga JDT yang menjadi wadah organisasi. Kesetiaan yang wujud dan saling berhubungan tiada sebarang isolasi. Kesetiaan menjadikan sokongan ini luar biasa dapat diterjemahkan. Sehingga mengundang ekspresi ketakutan, bagi setiap pencabar dalam perlawanan yang telah dijadualkan.

Dengan kesetiaan, penyokong sentiasa berdiri dibelakang pasukan dalam apa jua situasi. Dengan kesetiaan, menjadi pemangkin menyelesaikan detik krusial lalu bertemu sebuah solusi.

Kepercayaan yang tiada skeptis”

Kepercayaan penyokong kepada organisasi perlu bersifat fundamental. Kerana sasaran bukan disasarkan sekadar eksperimental. Perlu lebih diperkukuh supaya teguh dalam struktural. Sentiasa utuh afektif dalam anatomi secara literal.

Bagai melodrama bermacam-macam halangan telah dikalkulus. Dalam konseptual legasi yang menjadi stimulus. Hanya kepercayaan menjadi kunci untuk mengaut lebih banyak kejayaan. Juga dilihat sebagai apresiasi terhadap gerak langkah dalam mencapai sejuta impian.

Sememangnya bukan rahsia, kepercayaan penyokong adalah formula paling ampuh dalam melunaskan segala agenda yang mahu dicetus. Juga sebagai transportasi bagi merealisasi segala perancangan supaya bebas terperangkap dari belenggu kuadratus.

Keazaman yang ekspresif”

Keazaman elemen yang melengkapi dalam perjalanan mencapai aspirasi. Dengan keazaman menjadi kodifikasi sebuah jati diri yang termanifestasi. Tanpa keazaman obor semangat dalam jiwa hanya malap tiada sirna. Tanpa keazaman perjuangan yang dikejar sia-sia tiada bermakna.

Penyokong harus mempunyai keazaman untuk terus bersama ketika apa jua situasi yang berlaku dalam garis masa. Bersiap sedia membantu organisasi ini sentiasa dalam radius stabilisasi dan kekal berkuasa.

Jika terjadi sesuatu tidak selaras dengan keinginan. Dengan keazaman bersama kita navigasi kembali perjalanan. Jika ada yang jatuh bersama kita tolong bangunkan. Jangan terlalu selesa hingga tidak sedar kita corak garis lengkung kekecewaan.

Akhir kalam, deklarasi yang tidak boleh disangkal. Sokongan sejati ini masih kekal integral.

Lapan belas Mei, hadirlah! Jangan kita hampakan Tunku! Berilah sokongan sepenuh jiwa!

Belang dalam jiwa, taring angkuh kalung atas dada, selamanya Merah Biru!

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air. Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •