KUATNYA JODOH JDT DAN PAHANG

 

Kuatnya Jodoh JDT dan Pahang

Kata orang kalau dah jodoh tidak ke mana. Inilah yang berlaku di antara pasukan JDT dan Pahang. Jodoh kita terlalu kuat. Setiap pertandingan kita akan bertemu. Cubalah elak macam mana pun tetap bertemu akhirnya.

Mengambil contoh Piala Malaysia tahun ini, JDT sudah menjalankan tugas menjadi juara Kumpulan C tetapi Pahang pula yang gagal menjuarai Kumpulan D. Akhirnya kedua-dua pasukan terpaksa bertarung di suku akhir. Inilah dinamakan jodoh.

Semua pasukan ingin menewaskan JDT, tetapi Pahang sering mendapat peluang itu. Ini juga dinamakan jodoh. Apabila ia datang kita suka atau tidak kita tidak boleh mengelak. Layankan sahaja ketentuan ini.

Buat Elephant Army (EA) semakin kuat anda cuba membenci Boys of Straits (BOS), selagi itulah kita ditakdirkan bertemu. Inilah jodoh namanya. Semoga pertarungan yang hebat dan bersih dapat dipertontonkan kepada penyokong kuaci.

 

 

Penyokong Pahang juga suka apabila mereka diundi bertemu JDT. Satu kerana mereka rasa ada harapan menang dan kedua mereka akan kembali memenuhkan Stadium Darul Makmur. Dan mungkin akan ada yang bertemu jodoh di stadium. Siapa tahu.

PBNP juga mengganggap pertemuan dengan JDT sebagai rezeki dari jodoh yang kuat. Kutipan jualan tiket pasti tinggi dan gerenti perlawanan disiarkan secara langsung. Benar kata orang tua-tua, bila dah jodoh pasti akan dimurahkan rezeki.

Semua pihak akan menerima rezeki dari jodoh yang kuat ini. Nilai komersil liga akan meningkat menguntungkan MFL, jenama penaja akan dilihat lebih ramai pengguna, stesen tv akan mendapat rating yang tinggi dan peniaga sekitar stadium juga akan beroleh keuntungan.

Jadi penyokong JDT, jom ke Kuantan. Kita eratkan silaturrahim antara kedua-dua penyokong. Dalam setandan pisang tak semuanya busuk. Sebelum berjodoh berkenalan dahulu. Ingatlah kalau dah jodoh tidak kemana. Luaskan Kuasamu Johor.

Jai, Pasir Gudang

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply