TAHNIAH JDT. SYABAS LUCIANO FIGUEROA

 

TAHNIAH JDT. SYABAS LUCIANO FIGUEROA

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana berjaya layak ke suku akhir unifi Piala Malaysia 2018. Layak ke suku akhir adalah kpi awal yang telah ditetapkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor.

Bagi kelab sehebat JDT, bukanlah perkara yang asing untuk mereka melayakkan diri tetapi cara mereka layak itu dianggap “classic” dan juga “masterpiece” yang hebat untuk ketua jurulatih Luciano Figueroa.

Beliau yang baru sahaja diangkat sebagai ketua jurulatih menunjukkan aturan taktikal yang ampuh dan sifat beliau yang percaya dengan pemain beliau melihatkan kematangan sebagai seorang jurulatih.

JDT pernah terperosok di dasar kumpulan C dan ketika ramai yang mempertikaikan kemampuan pasukan, Luciano tampil dengan persembahan bertenaga sekaligus JDT menjadi juara kumpulan dan pasukan yang meraikan kemenangan ke atas JDT akhirnya gagal layak.

Menentang MIFA yang hanya mahukan keputusan seri, kita sudah menjangka taktikal bertahan akan digunakan oleh K Devan. Bukan mudah untuk menentang pasukan yang mentalitinya hanyalah bertahan. Corak permainan “free flow” JDT dilihat kurang efektif apabila menentang lawan yang memarkir bas di hadapan gawang.

Malang untuk Fernando Marquez kerana dua percubaan beliau sekadar menggegar palang dan tiang MIFA. Kemudian beliau mengalami kecederaan serius hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

 

 

Setelah kehilangan penyerang utama, Luciano menggunakan plan B beliau iaitu dengan mengarahkan Safawi dan Cabrera serta Elizari untuk membuat larian lincah sekaligus menghasilkan sepakan percuma dan penalti yang membuahkan hasil.

Apabila menentang pasukan ultra defensif ini, apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan situasi bola mati dan juga melalui ‘set pieces’. Taktikal ini dilihat berkesan kerana JDT berjaya mendapat satu gol menerusi penalti dan sepakan percuma.

Inilah pentingnya mempunyai jurulatih yang pernah beraksi sebagai pemain. Beliau tahu apa yang perlu dilakukan kerana pengalaman beliau sebagai pemain banyak membantu. Beliau juga percaya bahawa skuad JDT mempunyai pakar dalam sepakan percuma dan penalti.

Inilah bola sepak. Apabila plan A gagal jurulatih perlu mempunyai plan B dan C untuk memastikan pasukan kendaliannya beroleh kemenangan. Syabas Luciano Figueroa dan buktikan di suku akhir JDT mampu jinakkan Tok Gajah sekaligus menghapuskan badi 2014 ketika beliau bergelar pemain.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.8K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*