KUASA YANG TERHAKIS

KUASA YANG TELAH DIHAKIS

Lebih kurang 14 hari selepas pembentukan rasmi “Malaysia Baharu”, berbagai-bagai isu telah ditimbulkan mengikut manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat. Segala ketirisan dan kepincangan kerajaan sebelum ini menjadi modus operandi utama pentadbiran kerajaan Malaysia terkini.

“Baling batu sembunyi tangan dan sikap menunding jari”

Pembongkaran Skandal 1MDB antara manifesto yang sedang giat dilaksanakan. Segalanya kelihatan berjalan lancar sebelum beberapa kenyataan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tiba-tiba menjadi polemik malah dilihat menyimpang dari kebenaran.

Ia merujuk kepada satu kenyataan bahawa Majlis Raja-Raja tidak bertindak terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kenyataan ini pantas disangkal oleh Penyimpan Mohor Besar raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang menyatakan bahawa,

“Kuasa yang terhad”

Memetik kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, beliau telah menjelaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya, Timbalan dan pegawai kanan SPRM dititahkan menghadap baginda sekalian bagi menyembahkan taklimat berkaitan skandal ini pada 6 Oktober 2015. Rentetan perjumpaan dan taklimat tersebut, mengikut ruang lingkup peranan dan kuasa raja-raja berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja-raja Melayu menzahirkan keprihatinan terhadap keresahan dalam kalangan rakyat yang menyentuh kritikan terhadap kredibiliti dan integriti kerajaan ketika itu.

Namun akibat dari pengecilan kuasa Raja-raja Melayu, realitinya hanya pandangan dan rasa simpati yang boleh dibuat oleh Raja-raja Melayu tanpa mencampuri urusan politik tanah air.

Kepada mereka yang diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda” 

Akhir kata,

Jangan kerana terlalu ghairah mencapai populariti sokongan rakyat, Institusi diRaja diperlekehkan. Tindakan ini lebih dilihat seperti ada agenda tersembunyi keatas institusi diRaja.

Kepada rakyat Malaysia sedarlah,

Kerajaan dan Ahli Politik sentiasa bertukar ganti, namun Institusi di Raja tetap berada di tampuk yang sama. Susah senang Rakyat jelata tetap berada dalam perhatian Raja-raja Melayu.

Seperti semua sedia maklum, Krisis Perlembagaan 1983 dan 1993 sedikit sebanyak telah mengubah landskap kuasa Raja-Raja Melayu.

Kembalikan kuasa Agong dan raja-raja. Hormatilah institusi ini sampai bila-bila. Jangan jadikan Institusi raja sebagai satu simbol istiadat semata-mata.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply