Mampukah JDT Juara Liga Super Menjelang Syawal?

Foto: www.asiana.my

Mampukah JDT Juara Liga Super Menjelang Syawal?

Perlawanan Liga Super berlangsung seperti biasa di bulan Ramadan tahun ini. Perkara ini perlu dilakukan kerana semua perlawanan Liga Malaysia perlu ditamatkan di bulan Oktober untuk memberi laluan kepada Piala AFF Suzuki.

5 perlawanan dijadualkan sepanjang Ramadan kali ini. Melihat kepada jadual, JDT mempunyai peluang untuk menjuarai Liga Super kelima berturut-turut menjelang Syawal. Beberapa faktor menyumbang kepada keyakinan ini.

Dari 5 perlawanan, JDT akan melayani kunjungan Negeri Sembilan, Perak serta Pahang di Larkin dan bertemu Pahang sekali lagi di Darulmakmur serta ke Shah Alam menentang PKNS. Jika JDT berjaya memenangi kesemua perlawanan ini maka jurang mata akan menjadi lebih besar.

Kini JDT mendahului liga dengan 5 mata dihadapan Perak dan 7 mata mengatasi Pahang. Pertemuan menentang Perak dan Pahang ini perlu dimanfaatkan oleh pasukan untuk meraih 9 mata maksimum sekaligus meninggalkan jauh kedua pencabar ini.

Perak bakal menentang Terengganu dan JDT di tempat lawan. Rekod tempat lawan Perak dilihat tidak menentu dan ini pasti memberi peluang kepada JDT untuk menjadi juara. Terengganu dijangka mencuri mata dari Perak di Kuala Terengganu.

Pahang pula dilihat mempunyai laluan yang cukup sukar untuk menggagalkan misi JDT. Mereka perlu bertandang ke Darulaman dan ini adalah tugas yang sukar. Semua maklum bahawa Kedah adalah pasukan yang sukar ditewaskan di hadapan penyokong mereka.

Foto: www.asiana.my

 

Pahang juga akan bertemu JDT sebanyak 2 kali dalam seminggu. Jika mereka gagal menyekat kemaraan JDT maka sekali lagi JDT bakal bergelar Juara Liga Super buat kali ke 5 berturut-turut.

Keserasian pemain import baru juga dilihat antara faktor menyebelahi JDT. Ketika pasukan lain sedang berhadapan dilema untuk menukar pemain import gara-gara peralihan tampuk kuasa di dalam persatuan bola sepak mereka, JDT sudah pun bermain dengan pemain yang baharu.

Oleh itu, JDT dilihat lebih stabil dan bersedia sepenuhnya berbanding pasukan lain. Kemasukan Harry Novillo dan Jorge Santos Silva dilihat menambah sengat barisan hadapan JDT. Namun begitu barisan tempatan JDT juga mula menunjukkan permainan terbaik mereka kini. Ianya akan mewujudkan persaingan yang sihat sekaligus menjadi bonus kepada JDT.

Seperti di awal musim, JDT perlu merebut 15 mata maksimum demi menjamin tempat di kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2019. Semoga bulan Ramadan ini membawa keberkatan kepada pasukan dan menjelang Syawal, TMJ, pemain dan penyokong mampu tersenyum kerana sudah sebelah tangan memegang piala Liga Super untuk 5 tahun berturut-turut.

Perlawanan Liga Super sepanjang Ramadan

JDT
23/5 – Negeri Sembilan (h)
27/5 – PKNS (a)
02/6 – Perak (h)
06/6 – Pahang (h)
09/6 – Pahang (a)

Perak
23/5 – Terengganu (a)
27/5 – PKNP (h)
02/6 – JDT (a)
06/6 – Negeri Sembilan (h)
09/6 – Negeri Sembilan (a)

Pahang
23/5 – Kedah (a)
27/5 – Kuala Lumpur (h)
02/6 – PKNP (a)
06/6 – JDT (h)
09/6 – JDT (a)

“You can’t put a limit on anything. The more you dream, the further you get..” – Micheal Phelps

Foto: JOHOR Southern Tigers
Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 2.5K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*