KESEMUA PEMAIN JDT PAMER KAREKTOR JUARA DALAM DIRI

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) lakukannya sekali lagi. Satu lagi pasukan menerima keperitan tewas di saat terakhir hasil dari semangat pemain yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa ingin menang.

Bukan kali pertama tetapi kali keempat JDT meraih kemenangan di penghujung perlawanan yang menyaksikan gugur jantung para penyokong yang sentiasa ada dibelakang pasukan.

Tambah menarik, tiga kemenangan ini dilakukan di laman lawan yang dibanjiri penyokong tuan rumah yang terpaksa pulang kecewa dengan karektor pejuang yang ada pada Harimau Selatan.

Karektor juara dan ‘winning mentality’ yang sering diterapkan dalam pasukan ini oleh pemilik pasukan, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kini semakin membuahkan hasil.

Tiada erti putus asa pernah ditunjukkan apabila kesemua pemain memberikan segalanya sehingga wisel penamat ditiupkan. Berilah 2 minit, 5 minit atau 10 minit sekalipun, sang Harimau Selatan akan terus berlari dan terus mengasak.

Tanyalah perasaan penyokong Negeri Sembilan, Sabah dan yang terbaharu Melaka United. Tatkala sudah membayangkan dapat mengikat sang juara tetapi JDT berfikiran sebaliknya dengan menampilkan karektor juara.

Tidak mudah untuk bergelar juara tetapi lebih sukar untuk mempertahankan kejuaraan dan tuah sememangnya menjadi salah satu faktor buat sesebuah pasukan untuk menjadi juara.

Ketika bayangan jaringan saat akhir Fernando Forestieri di Paroi dan Likas masih segar dalam ingatan, Bergson pula menambah momen terindah buat para penyokong JDT di Hang Jebat.

Itulah JDT. Pasukan yang penuh karektor juara dalam setiap diri para pemainnya. ‘It’s aint over until it’s over’. Memori tercipta beginilah yang akan terus dikenang dan menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan buat para penyokong JDT.

Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •