TUJUH MATA DI TEMPAT LAWAN, APA LAGI KITA MAHU

Ramai yang bising apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat seakan-akan mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri secara berturut-turut pada awal musim.

Tetapi apabila JDT terpaksa melalui lima perlawanan berturut-turut di tempat lawan, semuanya bagaikan buta atau buat-buat tidak nampak akan susunan jadual ini.

Apa pun terjadi, JDT tetap JDT. Satu persatu lawan dihadapi dengan tenang dan berjaya mengutip mata membiarkan lawan berputih mata hingga membuatkan penyokong JDT tersenyum bangga.

Dari lima perlawanan di tempat lawan, kini Harimau Selatan sudah melalui tiga permainan dan berjaya mengutip tujuh mata dari sembilan mata yang ditawarkan.

Semua pasukan lawan bermain mati-matian untuk menewaskan JDT di dalam stadium yang penuh namun pemain-pemain Benjamin Mora kekal dengan ‘winning mentality’ dan beraksi seperti Sang Juara.

Tujuh mata di tempat lawan ini tidak mampu dilakukan pasukan lain kerana hanya JDT yang kekal konsisten. Ini adalah perkara yang paling sukar dilakukan dalam sukan bola sepak.

Foto: Boys Of Straits

Jadi sebagai penyokong, apa lagi yang kita mahu. Kita tetap perlu menyokong dengan setia tanpa prejudis. Ini adalah pasukan yang kita banggakan dan perlu pertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •