35 PEMAIN DIBAWA KE JEPUN, JDT SEDIA LAKAR SEJARAH BAHARU KELAB

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berlepas ke Jepun untuk menghadapi cabaran peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL).

JDT akan memulakan aksi apabila berhadapan Urawa Red Diamonds dalam peringkat 16 terbaik pada 19 Ogos depan dan jika berjaya memenangi itu, Harimau Selatan akan melangkah ke peringkat suku akhir tiga hari berikutnya.

Apa yang menarik, JDT membawa skuad yang besar ke Jepun dengan 35 pemain bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa dan sebagai persediaan awal sekiranya terpaksa mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu.

JDT juga membawa kesemua lapan pemain antarabangsa meskipun hanya dibenarkan menurunkan 3+1 pemain asing pada satu-satu perlawanan. Ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi di Jepun nanti.

Mungkin ramai yang bertanya adakah kesemua pemain yang dibawa ini mempunyai minit permainan yang mencukupi. Jawapannya adalah kesemua pemain ini telah bermain secara kerap sama ada di pasukan utama mahupun pasukan JDT II.

Perancangan ini pastinya sudah dilakukan dari awal dan barisan kejurulatihan mungkin sudah mempunyai skuad A, B mahupun C yang akan digunakan bergantung kepada lawan dan situasi yang akan berlaku.

Selamat maju jaya diucapkan kepada JDT. Kami penyokong setia akan sentiasa mendoakan kejayaan anda untuk sekali lagi melakar sejarah baharu buat kelab kebanggaan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply