JDT KINI KE ARAH ‘SELF SUSTAINABILITY’

Tidak banyak kelab bola sepak yang mampu menjana pendapatan mereka sendiri kerana masih berharap kepada bantuan dana dari kerajaan dan juga kerana kekurangan fasiliti yang mampu digunakan untuk menjana wang buat pasukan.

Perkara ini berbeza buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini semakin menuju ke arah ‘self sustainability’ menerusi tarikan-tarikan terkini di stadium milik kelab, Stadium Sultan Ibrahim.

Ramai guru-guru perniagaan menyatakan antara perkara utama kejayaan sesuatu perniagaan adalah apabila aset anda bekerja untuk anda. Gunakan aset yang anda ada dan jadikannya lubuk pendapatan.

JDT yang memiliki stadium sendiri kini menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai tarikan umum apabila membuka kawasan perkarangan stadium kepada orang ramai bermula 1 April lalu.

Walaupun nampak mudah tetapi dari segi kewangan ianya banyak membantu kelab menambah pendapatan sekaligus dapat mendapat tambahan dana dan juga memberikan kepuasan kepada para pengunjung.

Dengan tiket RM30 seorang, jika JDT berjaya mencatat 500 pengunjung sehari ianya sudah memberikan kelab tambahan RM15,000. Bayangkan jika angka itu mencecah 1,000 apabila JDT menambah lagi kekerapan Hummer Tour itu.

Pendapatan kelab akan bertambah lagi pada masa akan datang apabila JDT bakal memulakan Stadium Tour yang menjadi tarikan utama kelab-kelab ternama Eropah dan menjadi antara pendapatan utama buat kelab.

Inilah yang dikatakan aset bekerja mendatangkan duit. Dengan fasiliti yang canggih dan cantik yang menjadi tarikan pelancong ke Johor, tidak mustahil dalam tiga tahun JDT mampu menjadi kelab pertama yang mampu ‘self sustainability’ dan tidak berharap kepada dana penaja dan kutipan tiket.

Pastinya JDT sekali lagi menjadi ‘pioneers’ dalam membawa perubahan lanskap bola sepak tempatan baik di dalam padang mahupun di luar padang. Dari berhabuk di garaj baik jadikan punca pendapatan buat kelab. Tahniah JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

 

Foto: Ezreen Abd Talip – HS

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •