TUJUH HARI MENJELANG LIGA JUARA-JUARA AFC

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalu-alukan kehadiran semua pasukan yang bersaing dalam Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Johor Bahru yang bakal bermula pada 15 April 2022.

Kira-kira seminggu sahaja lagi sebelum sepak mula kejohanan kelab terbesar Asia bakal memulakan cabaran di Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

 

JDT akan berhadapan saingan kelab Jepun, Kawasaki Frontale, wakil Republik Korea, Ulsan Hyundai dan kelab China, Guangzhou FC dalam penampilan keempat JDT dalam ACL.

Tetapi sebelum itu ayuh penuhkan rumah kita untuk perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC Ahad ini dan memastikan Harimau Selatan mendapat sokongan yang padu dari kita semua. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply