185 GOL DIJARINGKAN PEMAIN TEMPATAN YANG MASIH BERMAIN DI JDT

Sejak penubuhan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2013, sebanyak 720 gol telah dijaringkan dalam semua kejohanan yang disertai baik di peringkat domestik mahupun peringkat Asia.

Dari jumlah 720 gol itu, 185 gol telah dijaringkan oleh pemain-pemain tempatan yang masih bermain dalam skuad 2022 sejak 2013. Ini membawa kepada hampir 25% jumlah jaringan gol.

Safiq Rahim mendahului dengan 57 gol diikuti Safawi Rasid 53 gol. Hazwan Bakri menyumbang 12 gol manakala Nazmi Faiz 10 gol serta Natxo Insa sembilan gol dan Aidil Zafuan dengan lapan gol.

Akhyar Rashid dan Ramadhan Saifullah masing-masing menjaringkan lima gol dengan empat gol diledak oleh Arif Aiman Hanapi, Mohamadou Sumareh, S.Kunanlan dan Afiq Fazail manakala Adam Nor Azlin dengan dua gol dan lapan lagi pemain menyumbang satu gol. Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •