JDT – ‘KING OF MALAYA’ BAHARU DI PERINGKAT ASIA

Penglibatan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di kejohanan peringkat Asia bermula pada tahun 2015 di Piala AFC setelah menjuarai Liga Super Malaysia 2014. JDT juga cemerlang apabila muncul juara kejohanan itu pada kemunculan pertama.

Sejak penubuhan kelab pada 2013, pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan jelas menyatakan sasaran beliau untuk melihat JDT sentiasa konsisten beraksi di peringkat Asia dengan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menjadi sasaran utama.

Bertitik tolak dari kejayaan meraih Piala AFC, JDT tidak lagi menoleh kebelakang sebaliknya bertindak sebagai wakil utama Malaysia mengumpul mata Members Association (MA) sekaligus layak ke ACL pada tahun 2019 enam tahun selepas penubuhan kelab.

Nama JDT mula dikenali diperingkat Asia apabila berjaya menumbangkan satu persatu lawan dari Asia Tenggara, Asia Barat dan Asia Timur yang kebanyakkannya adalah pasukan yang sering bertanding di peringkat benua ini.

Mengikut rekod yang dicatitkan oleh Opta J, individu yang mengumpul pelbagai statistik kejohanan, sejak penglibatan kelab Malaysia dari 2004 hingga 2019, JDT muncul pasukan terbaik dari segi jumlah perlawanan dan pungutan mata keseluruhan.

JDT telah menempuh 50 perlawanan dan berjaya memenangi 28 dari iaitu kira-kira 56% dan mengutip 90 mata dari tahun 2014-2019. Ia sekaligus meninggalkan Selangor di tangga kedua yang berjaya mengumpul 44 mata hasil dari 33 perlawanan dan Perak di tangga ketiga dengan 34 mata dari 24 perlawanan.

Untuk pungutan mata Members Association yang mempengaruhi ranking negara di peringkat kejohanan kelab Asia, JDT sekali lagi menjalankan tugas terbaik buat negara apabila berjaya mengumpul 41.306 mata berbanding Selangor dengan 16.667 mata dan Kelantan dengan 14.000 mata.

Jumlah mata ini tidak termasuk mata yang diperolehi oleh JDT pada kejohanan ACL 2020 apabila berjaya menewaskan wakil Republik Korea, Suwon Bluewings 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim pada Mac lalu.

Statistik dan data tidak pernah berbohong. Kita boleh simpulkan bahawa konsistensi beraksi di peringkat Asia bukan sahaja membantu JDT menjadi seperti kini malah membantu negara dalam memperbaiki ranking MA sekaligus mementukan bilangan slot pasukan yang layak beraksi di ACL dan Piala AFC.

JDT kini layak digelar ‘King of Malaya’ yang baharu di peringkat Asia. Kejayaan yang dicapai bukan hanya terhenti di peringkat domestik tetapi juga dibawa ke peringkat yang lebih tinggi – Asia. Tahniah TMJ dan JDT atas hasil usaha keras yang anda lakukan yang pada mulanya adalah dari sebuah impian dan mimpi.

Luaskan Kuasamu Johor

Kredit statistik – Opta J

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*