DYAM TMJ SEPERTI NOSTRADAMUS, RAMALAN MENJADI KENYATAAN

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor banyak menyuarakan pendapat dan membuat ramalan sebelum ini, samada di arena bolasepak, politik mahu pun untuk Negeri tersayang Baginda, Johor.

Ada juga yang mempertikai, ada yang ketawa, ada yang tersinggung malah ada yang kurang yakin, tetapi ‘track record’ Baginda amat jelas sehingga sekarang.

Lihatlah posting DYAM TMJ di IG Story beberapa bulan yang lalu. Baginda menyatakan bahawa tiada pasukan yang mampu bersaing secara konsisten untuk tempoh yang lama dan ini benar di dalam arena bolasepak yang pada mulanya Kelantan mencabar JDT tetapi cabaran mereka pudar setelah setahun.

 

 

Selepas itu giliran Pahang, Felda United dan Kedah semuanya pudar sementara JDT terus bersinar. Adakah Selangor seterusnya? Gah di media sosial tanpa sebarang keputusan dan kejuaraan. Bak kata pepatah Inggeris,

‘The writing is on the wall’ ataupun dalam erti lain, kesudahannya sudah pun tertulis.

DYAM TMJ juga pernah berkata,

  • Akan kembalikan kegemilangan bolasepak Johor ✔️
  • JDT akan bermain di peringkat Asia ✔️ (2015 Menang AFC Cup pada tahun pertama)
  • JDT akan bermain peringkat tertinggi Asia ✔️ (2019-kini AFC Champions League)
  • JDT akan mendominasi Liga Malaysia ✔️ (2014-2019 Double Hattrick)
  • JDT akan merevolusikan Bolasepak Malaysia ✔️
  • JDT akan membina infrastruktur sendiri ✔️ (Stadium, Pusat Latihan & lain-lain)
  • Bolasepak Johor akan dikenali dunia ✔️

Selain bolasepak, DYAM TMJ juga telah menyatakan niat Baginda untuk menubuhkan Elite Force JMF. Sekembalinya baginda pulang dari latihan tentera di India pada tahun 2008, DYAM TMJ telah menyertai latihan batch pertama Elite Force JMF bersama Tentera Darat Malaysia bagi tempoh Julai-September 2008.

Mengenai situasi politik pulak, DYAM TMJ pernah menyatakan pandangan peribadi bahawa seorang bekas pemimpin umur 90-an yang ingin kembali secara aktif tidak harus dipercayai kerana pastinya pemimpin itu mempunyai agenda sendiri. Ini pada mulanya tidak diterima segelintir tetapi kini selepas hampir dua tahun ramai yang kesal kerana tidak percaya pendapat Baginda.

 

Malah ada yang sudah serik dengan keadaan politik setelah kepercayaan mereka telah dimainkan oleh ahli politik itu. Kini percubaan ahli politik tersebut untuk kembali buat kali ketiga seolah-olah tidak diingini rakyat.

DYAM TMJ juga pernah menyatakan hasrat Baginda untuk membangunkan Johor dari segi Pendidikan, Ekonomi dan Perubatan. Siapa lah kita untuk sangsi terhadap hasrat and ramalan Nostradamus dari Johor ini apabila Baginda bakal menjadi Sultan Johor suatu hari nanti.

Allah Peliharakan Sultan

Kredit: Kesultanan Johor

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*