JDT DAN PENGORBANAN

Salam Aidil Adha 1442h, Selamat Hari Raya Korban kepada semua penyokong JDT yang dikasihi, kepada pemain-pemain JDT yang disayangi dan kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang tiada pengganti. Ini adalah keluarga JDT yang lahir 8 tahun lalu semenjak bermula era transformasi hebat JDT hingga kini.

Idea asal TMJ yang mahu melihat dan membina empayar negeri Johor di bawah keluarga besar bolasepak Johor Darul Ta’zim. Menyatukan semua rakyat dari segenap lapisan masyarakat untuk menanam semangat Bangsa Johor yang unik untuk dijelaskan.

Pengorbanan untuk membina empayar JDT bukan kerja yang mudah. Menukar stadium rasmi Stadium Larkin yang pudar warna sebelumnya ke Stadium yang cantik apabila diberi nafas baharu seperti rumput padang dinaik taraf, tempat duduk penonton diganti dan frasarana landskap di perkarangan stadium di naik taraf untuk memudahkan rakyat beriadah.

Keselesaan dan kemudahan untuk setiap pemain dan pegawai bekerja turut dinaiktaraf. Daripada bumbung yang bocor di pusat latihan Seri Gelam bertukar menjadi pusat Latihan Tertutup JDT yang satu-satunya dimiliki kelab bolasepak di negara ini.

Keselesaan dan kemudahan penyokong yang disediakan selama ini sudah pasti tidak terbalas. Tiket penyokong yang kekal hingga kini, Kemudahan lalu lintas yang lebih terkawal selepas agak sesak sebelum ini dan penyediaan bas-bas penyokong dari setiap daerah untuk hadir ke setiap perlawanan kekal hingga kini.

Setiap kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa pengorbanan semua pihak. Ketokohan dan aura pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota untuk terus menarik minat pelabur-pelabur luar dan pemain-pemain berkualiti. Pengorbanan baginda yang di awalnya dikutuk dan diperli oleh pesaing tidak diendah untuk terus melakukan perubahan. Menjunjung Kasih Tunku.

Pengorbanan daripada penyokong yang masih setia menyokong JDT hingga kini amatlah dihargai. Teruskan sokongan semua. Memang setiap kejadian ada pasang surutnya. Jangan kita gadaikan setiap pengorbanan yang telah kita keluarkan selama ini hanya selepas satu-dua kejadian yang tidak disukai.

JDT adalah Keluarga.

Foto: Ezreen Abd Talip

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply