SAFAWI RASID JARINGKAN GOL MENENTANG UITM FC DALAM KETIGA-TIGA KEJOHANAN DOMESTIK

Penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menjaringkan gol menentang UITM FC dalam tiga kejohanan domestik anjuran Malaysia Football League (MFL).

Beliau menjaringkan hatrik dalam perlawanan Piala FA 2018 pada 17 Mac 2018 sebelum menjaringkan satu gol dalam pertandingan Piala Malaysia 2019 pada 2 Ogos 2019.

Pada 25 Julai 2021, Safawi mengegar jaring UITM FC dalam Liga Super pula untuk membantu JDT menewaskan lawan dengan keputusan 3-1. Luaskan Kuasamu Johor.

 

Foto: Hazri Sharani

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply