‘JDT ALL-STARS FRIENDLY’ – APA YANG PERLU ANDA TAHU

INFORMASI – PERLAWANAN BOLASEPAK JDT ALL- STARS FRIENDLY (JDT TMJ vs JDT REST OF THE WORLD)

Tarikh: 30.06.2019

Lokasi: Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos Larkin

1. Tiket berharga RM50 (Grandstand), RM30 (Gate C) dan RM20 (Gate A& B).

2. Tiket mula dijual pada 19.06.2019 (hari perlawanan JDT vs Selangor). Tiket turut dijual jam 9.00am -4.30pm dari 20 hinggaa 30/6/2019.

3. Tiket online boleh didapati di www. ticketonline.com.my

4. Pemain-pemain antarabangsa yang bermain nanti bersama DYAM Tunku Mahkota Johor antaranya, Ronaldo, Claudio Cannigia, Robert Pires, Edgar Davids, Rivaldo, Materazzi, Zambrotta, Bebeto, Cambiasso, Claude Makalele, Malouda dan ramai lagi.

Dari kiri: Allistair Edwards – Pengarah Teknikal JDT, Datuk Ismail Karim – Presiden PBNJ & Lembaga Pengarah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Kapten Mohd Anizam- Setiausaha Kehormat PBNJ dan Tn Hj Mohd Shahrin Dato’ Rahmat – CEO Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Foto: Ezreen Abd Talip – HS

5. Pemain-pemain lagenda ini turut bakal mengadakan klinik bolasepak bersama Akademi JDT di Pusat Latihan Padang Seri Gelam pada 1 Julai nanti. Seramai lebih kurang 107 pemain-pemain muda ini bakal bersama dalam sesi klinik ini.

6. Pemain-pemain antarabangsa ini berbesar hati untuk meluangkan masa bersama penyokong-penyokong yang hadir. Sesi ‘Meet & Greet’ bakal di adakan di JDT Cafe.

7. Hasil jualan tiket akan didermakan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, National Cancer Society of Malaysia dan Women’s Aid Organisation. Sesi penyerahan Mock Cheque akan diserahkan di stadium nanti.

8. Cabutan bertuah turut akan diadakan buat penyokong-penyokong bertuah di hari itu di mana hadiah-hadiah utama termasuk 2 biji motosikal.

9. Pemain-pemain ini akan menggunakan jersi khas bersempena perlawanan amal ini.

10. Penonton-penonton bertuah yang terdiri daripada 50 orang pesakit kanser turut dijemput untuk hadir menyaksikan perlawanan bersejarah ini.

11. David Beckam dan Luis Figo tidak dapat hadir menyertai perlawanan istimewa ini kerana sudah terikat dengan komitmen lain tetapi mereka sentiasa bersedia untuk di program-program akan datang.

12. Kolaberasi strategik ini adalah bertujuan untuk memberikan impak positif kepada kelab dan penyokong. Kelab dan nama JDT semakin terkenal dan mula menjadi bualan semenjak JDT berada dalam kejohanan ACL Pemain utama JDT dan akademi berpeluang bertemu dan bermain dengan bintang-bintang lagenda bolasepak ini.

13. Hasil inisiatif dan pengaruh DYAM Tunku Mahkota Johor, baginda berjaya membuka mata bintang-bintang lagenda untuk datang dan ini adalah hadiah baginda kepada penyokong-penyokong tersayang JDT.

14. Kepada semua penyokong, Ayuh kita hadir ke Stadium Larkin 30.06.2019 bersempena perlawanan bersejarah ini. Disamping kita beramal dan bersorak, kita sama-sama hadir meraikan hari bermakna DYAM Tunku Mahkota Johor, Hari Keputeraan Baginda

Luaskan Kuasamu Johor!

Foto: Ezreen Abd Talip

 

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply