INI NAMANYA ‘WELL CONNECTED IN FOOTBALL WORLD’

Perlawanan amal antara JDT-TMJ dan JDT-Rest Of The World adalah lembaran sejarah terbaharu buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila bekas bintang dunia berkumpul di Larkin untuk satu permainan bola sepak sambil mengutip dana buat beberapa yayasan.

Di dalam hati penyokong bola sepak tempatan pasti tertanya bagaimana bintang-bintang ini boleh datang ke Johor untuk sama-sama memeriahkan acara dan sekaligus melayan peminat yang pasti teruja dengan perkara ini.

Jawapannya terletak pada ketokohan pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mempunyai ‘good connection’ dalam dunia bola sepak. Baginda bukan hanya ingin menjual diri dan kelab beliau sebaliknya baginda juga menjual nama negeri dan negara.

Hubungan rapat Tunku dan Jorge Mendes dan Peter Lim sememangnya mendatangkan hasil dan lihatlah bagaimana Stadium Larkin pernah menerima kunjungan Luis Figo dan Ronaldo Luis Da Lima selain David Beckham dan Cristiano Ronaldo yang menjadikan Tunku tetamu kehormat ketika kunjungan baginda ke Eropah.

Rangkaian ini sangat diperlukan dalam bola sepak di Malaysia jika ingin melihat pasukan kebangsaan pergi lebih jauh. Melalui persahabatan ini JDT berjaya mendapatkan kerjasama dengan Borussia Dortmund, Valencia dan terkini Manchester City.

Kerjasama ini secara tidak langsung mampu membantu pembangunan pemain masa depan terutama di Akademi JDT kerana mereka dari awal sudah didedahkan dengan modul bola sepak Eropah daripada jurulatih yang berpengalaman.

 

TMJ dikenali dunia bola sepak bukan sahaja kerana status baginda sebagai pewaris takhta tetapi kerana misi dan visi baginda yang mahukan bola sepak ditadbir dan dimainkan secara profesional.

Mereka yang arif dalam bola sepak moden pasti bersetuju dengan misi dan visi baginda dan atas faktor itulah semua bintang dunia ini tertarik untuk mengadakan perlawanan amal yang dianjurkan di Johor.

‘Entourage’ ini datang ke Johor kerana persahabatan dengan TMJ dan bukannya kerana membuat lawatan rasmi ke pejabat menteri atas kapasiti sosial korporat. Inilah yang dinamakan ‘well connected in the football world’.

 

Tahniah TMJ, tahniah JDT dan tahniah kepada semua penyokong. Ayuh kita penuhkan Stadium Larkin. Kita berhibur sambil beramal. Fikir-fikirkan.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply