JANGAN BIARKAN LARKIN KEMBALI SEPI

GATE C LARKIN

 

Pintu masuk Gate C Stadium Larkin. Foto: Ezreen Abd Talip – HS

Sedar atau tidak, tahun ini adalah tahun terakhir pasukan JDT beraksi di Stadium Larkin. Selepas ini, semua perlawanan JDT akan dilangsungkan di stadium baharu yang lebih canggih, Stadium Sultan Ibrahim.

Pelbagai sejarah telah dicatatkan oleh JDT di Stadium Larkin ini. Dari tanpa piala ke 11 piala, dari kosong menyepi ke gegak gempita dan kembali sepi, segalanya bakal menjadi sejarah manis stadium ini.

Melihat pada perlawanan persahabatan menentang Home United tempoh hari, jelas penyokong JDT masih sayangkan pasukan dan merindui sorakan larkin. Namun, dapatkan keghairahan ini dikekalkan sepanjang musim ini.

Kita perlu kekalkan tempo ini. Bagaimana hendak penuhkan stadium baharu jika stadium ini gagal dipenuhkan. Kita juga yang meminta agar dibina stadium baharu kerana rasa teruja dengan kebangkitan JDT.

Kini JDT berada di puncak. Oleh itu penyokong juga harus lebih teruja dan ghairah seperti dahulu. Pasukan sentiasa perlukan anda sebagai pemain ke 12 buat pasukan dengan memakai jersi baharu merah biru.

“Kepada pihak yang ingin melihat JDT pupus, ia ibarat ingin membekukan matahari. Selagi saya di sini, ia adalah mustahil. Apa-apapun saya ucapkan terima kasih..”

– DYAM Tunku Mahkota Johor

Kita harus memastikan bukan sahaja pasukan JDT kekal terbaik tetapi penyokong juga turut sama menjadi yang terbaik. Tunjukkan pada Malaysia dan kini Asia dan Dunia pula harus tahu bagaimana fanatiknya penyokong JDT.

JDT bakal bertemu Perak pada 2 Februari sebelum menerima kunjungan Kuala Lumpur pada 8 Februari dan Melaka pada 23 Februari. Mari kita penuhkan rumah kita dan pastikan pasukan lawan gerun mendengar sorakan kita.

Usah dibiarkan lagi stadium ini sepi. Tinggalkan kenangan terindah pada stadium ini. Stadium kebanggaan pasukan Johor Darul Ta’zim dan para penyokongnya.

Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 4.7K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*